· Jumlah hasil bagi suku tahun pertama sebanyak $956.2 juta, meningkat sebanyak 191% tahun ke tahun
· Jumlah pelanggan yang menyumbang lebih daripada $100,000 dalam hasil TTM meningkat sebanyak 160% tahun ke tahun
· Kira-kira 497,000 pelanggan dengan lebih 10 pekerja, meningkat sebanyak 87% tahun ke tahun
SAN JOSE, Calif., 8 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan hasil kewangan bagi suku tahun fiskal pertama yang berakhir pada 30 April, 2021.
“Kami memulakan tahun fiskal dengan suku pertama yang amat kukuh dengan jumlah pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 191% yang digabungkan dengan kebolehuntungan yang kukuh dan aliran tunai. Komitmen kami yang teguh untuk memperkasakan pelanggan agar bekerja dan belajar dari mana-mana sahaja dengan platform komunikasi video kami yang meluas, inovatif dan lancar, terus mendorong hasil kami. Dengan permulaan kukuh ini, kami dengan sukacitanya meningkatkan julat panduan kami sebanyak $3.975 bilion kepada $3.990 bilion untuk tahun fiskal penuh,” kata pengasas dan CEO Zoom, Eric S. Yuan. “Kami juga telah membuka portfolio teknologi kami kepada pembangun melalui SDK video yang hebat dan untuk perniagaan mengembangkan capaian mereka melalui Zoom Events. Kerja tidak lagi bergantung pada tempat, kerja ialah ruang bagi Zoom berkhidmat untuk pasukan anda demi menghubungkan dan mewujudkan idea terbaik mereka. Kami teruja untuk membantu dalam menerajui evolusi kepada kerja hibrid yang membolehkan fleksibiliti, produktiviti dan kegembiraan yang lebih tinggi terhadap hubungan langsung dan maya.”
ZOOM MELAPORKAN HASIL KEWANGAN UNTUK SUKU TAHUN PERTAMA BAGI TAHUN FISKAL 2022
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kioxia Memperkenalkan Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 untuk Storan Mudah Alih Berkapasiti Tinggi
Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 Teknologi BiCS FLASH™ Generasi ke-8 Menawarkan Peningkatan Prestasi dan Kecekapan TOKYO, 30 Ja...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment