Saturday, June 19, 2021

RICHWORKS KOMITED BANTU USAHAWAN KETIKA LANJUTAN TOTAL LOCKDOWN

-Workshop Kuasai Social Media bekalkan usahawan kuasai bisnes online-

 
SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) -- RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) meneruskan sesi latihan dan bimbingan secara percuma setiap malam sepanjang tempoh lanjutan 'total lockdown' yang bermula 15 hingga 28 Jun ini.
 
Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd., inisiatif tersebut diteruskan selepas Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsikan ilmu dan kunci penting selama 12 hari bagi menyediakan usahawan dalam tempoh mencabar ini.
 
Katanya, lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan menggariskan 4 fasa bagi pembukaan sepenuhnya yang akan mengambil masa hingga akhir tahun ini sebenarnya memberi kesan kepada semua tahap usahawan.
 
"RichWorks International mahu terus menyokong usahawan termasuk orang ramai untuk melihat peluang baru bukan saja dapat jana pendapatan dan bertahan malah menyaksikan peningkatan bisnes melalui ilmu, strategi yang terbukti berjaya.
 
"Bayangkan ketika sesi bersama Datuk Wira, sudah ada usahawan mendapat manfaat luar biasa hingga ada seorang usahawan dikenali sebagai Khairul yang jualan bisnes jatuh sekitar 80 peratus sejak 3 bulan lalu berjaya muktamadkan kontrak jualan RM43,000," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
 
Tambah beliau, ramai lagi usahawan yang mengikuti sesi bootcamp bermula 31 Mei lalu beri maklum balas positif dengan perubahan dan hasil luar biasa dalam bisnes seperti peningkatan jualan daripada RM60 sehari kepada RM578 sehari, selama 3 hari capai jualan RM2,240 hingga ada juga berjaya kembangkan tim bisnes dan banyak lagi.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14664

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...