DALLAS, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab korporat, telah menyertai Yayasan Ellen MacArthur sebagai ahli bagi Rangkaian mereka, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadi sebuah perniagaan yang berkitaran dan lebih lestari. Mary Kay dilantik di antara organisasi berpengaruh yang lain termasuk The Ford Motor Company, International Paper, Mattel dan The Fashion Institute of Technology.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210601005094/en/
Yayasan Ellen MacArthur adalah sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom yang mengembang dan menggalakkan idea mengenai sebuah ekonomi kitaran, berdasarkan kepada prinsip-prinsip penghapusan sisa dan pencemaran, memelihara produk dan bahan yang digunakan, dan menjanakan semula sistem semula jadi. Yayasan Ellen MacArthur bekerjasama dengan — dan memberi inspirasi kepada — perniagaan, ahli akademik, pembuat dasar, dan institusi untuk menggerakkan penyelesaian sistem secara besar-besaran, di peringkat global.
“Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah berusaha untuk memperkayakan kehidupan wanita, memajukan bidang kesihatan kulit, dan mewujudkan satu kesan positif masyarakat di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Industri kosmetik dan penjagaan peribadi sedang berada dalam peralihan ketika syarikat-syarikat berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi operasi yang telus dan peka terhadap alam sekitar, dan produk yang lebih bersih dan bersumberkan etika. Kami berada di sini untuk itu.”
Mary Kay, yang akan mengumumkan strategi kelestarian mereka pada akhir tahun ini, berharap untuk bekerjasama dengan Yayasan Ellen MacArthur dan organisasi Rangkaian yang lain untuk terus menerapkan amalan-amalan ekonomi — dengan satu tumpuan kepada penyumberan bahan. Syarikat itu komited untuk mengurangkan jejak alam sekitar mereka dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kecekapan di dalam operasi mereka, dengan memikirkan jangka panjang untuk menggabungkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Kemudahan pembuatan global Mary Kay di China telah mencapai status sifar sisa-ke-tapak pelupusan pada tahun 2014. Pusat pembuatan global itu yang terletak di Texas, Amerika Syarikat, telah mencapai status tersebut pada tahun 2011.
“Mary Kay dan ahli baharu Ellen MacArthur Foundation Network berkongsi satu cita-cita untuk mengubah cara mereka menjalankan perniagaan,” kata Joe Murphy, Ketua Ellen MacArthur Foundation Network. “Kami berharap dapat menyokong mereka, dan memudahkan peluang-peluang kerjasama dengan organisasi Rangkaian yang lain, ketika mereka berusaha untuk menjadi lebih membulat.”
No comments:
Post a Comment