Thursday, June 24, 2021

LIQUID INSTRUMENTS MEMPERKENALKAN MOKU:PRO - PLATFORM INSTRUMENTASI BERPRESTASI TINGGI YANG DITAKRIF PERISIAN UNTUK JURUTERA DAN SAINTIS

Seni bina baharu yang menyampaikan sembilan instrumen dengan keupayaan pengukuran masa nyata kepada makmal penyelidikan

CANBERRA, Australia dan SAN DIEGO, 24 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Liquid Instruments, pembawa pembaharuan dalam instrumentasi yang ditakrif perisian tepat, hari ini mengumumkan Moku:Pro, sebuah platform berprestasi tinggi untuk kejuruteraan dan makmal penyelidikan.

Moku:Pro mempercepat peralihan daripada ujian fungsi tetap dan perkakasan pengukuran tradisional kepada pendekatan berdasarkan tatasusunan pintu medan boleh program (FPGA) yang fleksibel dengan menjadikan instrumen berkualiti tinggi boleh dicapai dalam platform bersepadu yang boleh dinaik taraf melalui perisian.

“Penyelidik dalam bidang kejuruteraan dan fizik berdepan dengan keperluan yang sentiasa berkembang - dengan perubahan yang berlaku pada jangka masa yang lebih pendek daripada jangka hayat peralatan ujian”, kata Daniel Shaddock, CEO Liquid Instruments. “Seni bina perkakasan Moku:Pro yang didayakan oleh perisian membolehkannya berkembang seiring dengan perkembangan aplikasi anda, sesuatu yang mustahil dengan peralatan ujian konvensional.”

Moku:Pro mengehoskan sembilan instrumen hebat, termasuklah osiloskop, amplifier kunci masuk, pengawal PID, meter fasa, penjana bentuk gelombang arbitrari, pengelog data, penganalisis spektrum, penganalisis respons frekuensi dan penjana bentuk gelombang untuk memastikan penyelidik mempunyai instrumentasi yang diperlukan untuk mencirikan persediaan dan melaraskan eksperimen mereka dengan cepat. Platform ini telah direka untuk memenuhi keperluan penyelidik dalam pelbagai lapangan, daripada bidang aeroangkasa sehinggalah semikonduktor. Suit instrumen Moku:Pro sangat sesuai untuk aplikasi fotonik, termasuk spektroskopi, mikroskopi, metrologi, pengesanan gelombang graviti, penstabilan laser aktif dan pengkomputeran kuantum. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14695

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...