Gabungan yang Menghasilkan Peneraju Global Baharu untuk Penyelesaian Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’
LOS ANGELES dan BERLIN, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Uberall, peneraju global dalam penyelesaian SaaS Pemasaran ‘Berdekatan Saya’ hari ini mengumumkan bahawa mereka menerima pelaburan modal sebanyak $115 juta daripada Bregal Milestone, Level Equity, United Internet dan pengurusan Uberall, yang akan digunakan untuk mempercepat pertumbuhan di A.S. dan Kanada.
Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya, Uberall pada masa yang sama mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh MomentFeed, pembekal utama Pengoptimuman Carian Kehampiran di Amerika Utara. Bersama-sama Uberall dan MomentFeed mewujudkan platform Pengalaman Pelanggan ‘Berdekatan Saya’ yang baharu dan lebih berkuasa dengan keupayaan dan capaian global yang tiada tandingan. Syarikat gabungan ini akan mengurus kewujudan dalam talian bagi 1.35 juta lokasi perniagaan, lebih banyak berbanding mana-mana pesaing semasa. MomentFeed dan Uberall mengambil kira banyak jenama berbilang lokasi yang paling besar dan paling mudah dikenali sebagai pelanggan mereka, termasuk BP, KFC, Marks and Spencer, McDonald's dan Pizza Hut.
“Oleh sebab pengguna mula muncul kembali selepas setahun atau lebih sekatan pergerakan, perniagaan kembali berkembang, dan mereka mestilah dapat memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk mendapatkan pengalaman dan perkhidmatan di kedai yang dijangka.” kata Florian Hübner, pengasas bersama dan CEO Uberall. “Gabungan Uberall dan MomentFeed membantu kami menjadi pemimpin yang lebih jelas dengan produk yang lebih inovatif, pasukan bertaraf dunia dan sumber kewangan yang dapat menyampaikan peluang ini dengan sepenuhnya.”
UBERALL MENGUMPULKAN $115J, MENANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH MOMENTFEED
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kioxia Memperkenalkan Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 untuk Storan Mudah Alih Berkapasiti Tinggi
Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 Teknologi BiCS FLASH™ Generasi ke-8 Menawarkan Peningkatan Prestasi dan Kecekapan TOKYO, 30 Ja...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment