Wednesday, June 16, 2021

LIVERAMP DAN CARREFOUR BERGANDINGAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENAWARAN RUNCIT GENERASI AKAN DATANG

Pemimpin Global di dalam Kerjasama Data yang Dibolehkan Privasi Membantu Peruncit Membuka Peluang-peluang Perniagaan Baharu dan Mengubah Perhubungan Rakan Bekalan

SAN FRANCISCO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP) hari ini mengumumkan satu perkongsian global yang diperluaskan dengan Carrefour (OTCMKTS: CRERF) bagi membolehkan kerjasama data, keupayaan analitik dan inovasi yang mantap melalui LiveRamp Safe Haven. Dengan menggunakan teknologi pemeliharaan privasi LiveRamp yang terbaik di dalam kelasnya, peruncit, jenama barang bungkusan pengguna (CPG) dan rakan-rakan Carrefour boleh melaksanakan kerjasama data secara selamat, mudah dan produktif pada satu skala global yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Safe Haven pada masa ini tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China, Jepun dan Australia, dan, bersama Carrefour, sedang dikembangkan ke Sepanyol, Itali, Belgium, Poland, Romania, Argentina, Brazil dan Taiwan. LiveRamp Safe Haven adalah merupakan sebahagian daripada satu unit perniagaan baharu yang dilancarkan oleh Carrefour pada masa ini: “Carrefour Links.” Perkongsian itu telah diumumkan pada satu sidang media di Paris hari ini.

“LiveRamp akan menjadi satu pemecut kritikal bagi transformasi Carrefour ke dalam sebuah peruncit terkemuka di dalam industri yang dipacu oleh data,” kata Elodie Perthuisot, Pengarah Eksekutif E-Dagang, Data dan Transformasi Digital di Kumpulan Carrefour. “Kami menyampaikan nilai hebat dengan bekerja secara lebih usaha sama dengan CPG kami dan rakan pembekal runcit dengan Carrefour Links. Kami sangat teruja dengan perkongsian kami dengan LiveRamp, bekerja bersama-sama untuk menyampaikan pandangan dan keupayaan pengguna baharu yang mantap kepada ratusan rakan CPG kami pada satu skala global.”

LIVERAMP DAN CARREFOUR BERGANDINGAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENAWARAN RUNCIT GENERASI AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...