Pendanaan ini akan membolehkan VRChat untuk berkembang dan memperkasakan komuniti VRChat
SAN FRANCISCO, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VRChat, sebuah platform realiti maya sosial (VR) yang membolehkan pengguna untuk mencipta, menerbit, dan menerokai dunia maya dengan pengguna lain di seluruh dunia, telah mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri D bernilai $80 juta. Pusingan itu telah diterajui oleh Anthos Capital, bersama-sama dengan pelabur yang mengambil bahagian Makers Fund, GFR Fund dan lain-lain.
VRChat adalah platform VR sosial terkemuka dengan berjuta-juta pengguna, beratus ribu dunia dan lebih daripada 10 juta avatar yang unik. Ia adalah aplikasi VR percuma yang paling utama di kedua-dua stor Steam dan Oculus Rift, dengan lebih daripada 40,000 pengguna serentak. Hasil daripada kebebasan kreatif bagi peranti VRChat, pengguna telah menjadikan VRChat sebagai satu fenomena kebudayaan yang unik, yang berkait rapat dengan meme atau imej yang dihantar secara viral yang dihiasi dengan teks, acara dan budaya internet. Ia juga menjadi satu tempat persinggahan maya untuk acara dan komuniti dalam talian.
“VRChat menjadi hos kepada sebuah komuniti yang bersemangat, kreatif, dan terlibat yang telah memainkan satu peranan penting di dalam membentuk perkembangannya yang berterusan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan pelaburan kami untuk terus berkembang dan memperkasakan komuniti kami pada satu kadar yang dipercepatkan,” kata Graham Gaylor, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, VRChat.
Pelaburan ini menyediakan sumber yang diperlukan oleh VRChat untuk mempercepatkan pembangunan sebuah ekonomi pencipta di mana ahli dapat memperoleh, satu sistem penemuan sosial yang dipertingkatkan untuk pengalaman yang lebih bermakna, dan pengembangan kepada lebih banyak platform. Peningkatan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat VRChat dan membolehkan lebih ramai orang untuk mengakses alam maya ini.
VRCHAT BERGABUNG DENGAN ANTHOS CAPITAL UNTUK MEMETERAI $80 JUTA SIRI D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kioxia Memperkenalkan Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 untuk Storan Mudah Alih Berkapasiti Tinggi
Peranti Memori Kilat Terbenam QLC UFS 4.1 Teknologi BiCS FLASH™ Generasi ke-8 Menawarkan Peningkatan Prestasi dan Kecekapan TOKYO, 30 Ja...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment