Wednesday, June 9, 2021

TRICOR TELAH DIPILIH OLEH AGENSI PERKHIDMATAN KEWANGAN JEPUN (JFSA) UNTUK MENGETUAI PROGRAM SOKONGAN PERMULAAN KEWANGAN, SEBUAH AGENSI SEHENTI BAGI SYARIKAT-SYARIKAT KEWANGAN LUAR NEGARA YANG MEMASUKI JEPUN

 TOKYO, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tricor Jepun (Tricor), anak syarikat Jepun bagi Kumpulan Tricor – penyedia terkemuka Asia bagi perniagaan bersepadu, korporat, pelabur, sumber manusia & senarai gaji, amanah korporat & perkhidmatan hutang, pentadbiran dana dan penasihat perniagaan strategik – telah dipilih oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (JFSA), sebuah agensi kerajaan dan pengawal selia yang menyelia industri perkhidmatan kewangan negara itu, untuk mengembang, mengendali dan memimpin Program Sokongan Permulaan Kewangan mereka yang baharu dilancarkan, sebuah agensi sehenti bagi syarikat-syarikat pengurusan aset asing (kemudian dari ini dirujuk sebagai “syarikat-syarikat kewangan luar negara”) untuk memasuki pasaran Jepun.


Sebagai satu perkongsian awam-swasta, matlamat bagi Program Sokongan Permulaan Kewangan itu adalah untuk meningkatkan status pusat kewangan global Jepun dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dari syarikat-syarikat kewangan luar negara dengan memudahkan proses kemasukan pasaran termasuk sokongan permohonan lesen kewangan, pematuhan pengambilan pekerja, dan menyediakan bantuan penempatan semula. Sebagai pengendali swasta eksklusif bagi Program Sokongan Permulaan Kewangan itu, Tricor akan menyediakan kepada syarikat-syarikat kewangan luar negara dengan penggabungan bahasa Inggeris dan penyelesaian pendaftaran lesen perniagaan kewangan.  Tambahan pula, program itu melanjutkan penyesuaian diri bagi eksekutif di syarikat-syarikat kewangan untuk tinggal dan bekerja di Jepun, menawarkan perkhidmatan penempatan semula termasuk pentadbiran visa, hartanah, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Syarikat-syarikat kewangan luar negara sebelum ini perlu berhubungan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan – termasuk firma undang-undang, firma akauntan cukai, notari, pejabat akauntan bertauliah, peguam buruh dan penyedia BPO – untuk menggabungkan dan memulakan pengembangan komersial mereka ke Jepun. Di samping itu, ia perlu memenuhi syarat keupayaan berbahasa Inggeris bagi setiap penyedia perkhidmatan. Program Sokongan Permulaan Kewangan itu yang diterajui oleh Tricor menghapuskan halangan-halangan ini dan memusatkan perkhidmatan untuk memperkemas dan memudahkan kemasukan pasaran ke Jepun bagi syarikat-syarikat kewangan luar negara dan eksekutif mereka.

Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (JFSA), berkata: “Dengan bantuan Tricor, yang beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai satu rangkaian yang luas, kami akan terus mempromosikan usaha kami untuk menjadikan Jepun sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa. Kami berharap bahawa Program Sokongan Permulaan Kewangan ini akan memberi dorongan kepada perniagaan kewangan asing yang sedang mempertimbangkan untuk masuk dan berkembang di pasaran Jepun. Pada masa yang sama kami berhasrat untuk memanfaatkan Program ini sebagai satu model projek untuk memperolehi pengajaran yang dipelajari dan menerapkannya pada penggubalan dasar di masa depan untuk meningkatkan ekosistem Jepun di sekitar perniagaan kewangan permulaan.”

Scott Sato, Ketua Pegawai Eksekutif Tricor Jepun, berkata: “Berikutan undang-undang dan insentif baharu yang berani, Jepun telah komited untuk menarik lebih banyak pelabur asing dan pengurus aset. Dengan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman beroperasi di sini di Jepun, pasukan pakar Tricor telah menyokong usaha pengembangan bagi lebih daripada 750 pelanggan multinasional. Kami berharap dapat memasuki bab pertumbuhan kami yang seterusnya, bekerja bersama-sama dengan JFSA untuk membantu meningkatkan status Jepun sebagai sebuah hab utama bagi kewangan antarabangsa. Kami merasa terhormat dipilih oleh JFSA untuk melancarkan dan mengetuai Program Sokongan Permulaan Kewangan itu, yang menyatukan sektor awam dan swasta untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat kewangan luar negara yang terus berkembang dengan sebuah agensi sehenti bagi penyelesaian kemasukan dan pengembangan pasaran bersepadu. Dengan memperkasakan program ini dengan rangkaian dan keupayaan global Tricor yang luas, pasukan kami berharap dapat menghubungkan syarikat-syarikat kewangan luar negara dan eksekutif mereka dengan kelebaran perkhidmatan mereka yang sepenuhnya yang mereka perlukan untuk berjaya di pasaran Jepun.”

Gary Tok, Ketua Pegawai Komersil Kumpulan Tricor, berkata: “Dengan Jepun menjadi ekonomi global ketiga terbesar dan di antara penerima FDI terbesar di dunia, ia sering kali menjadi sebuah destinasi utama bagi pengembangan pelaburan dan komersial. Dengan menghapuskan halangan untuk memasuki pasaran dan bahkan membantu untuk menyokong penempatan semula eksekutif dan keluarga mereka, Program Sokongan Permulaan Kewangan itu membuka pintu baharu bagi pengurus aset yang ingin melabur dan berkembang ke Jepun. Di bawah arahan pasukan berbakat Tricor, kami berharap dapat bekerjasama dengan pelabur dan pengurus aset untuk memanfaatkan peluang-peluang komersial yang muncul di Jepun.”

Untuk maklumat lanjut, hubungi Tricor Jepun di financialsupport@jp.tricorglobal.com  untuk mengetahui cara bagaimana kami dapat membantu anda memulakannya.

Maklumat mengenai Tricor Jepun

Jepun adalah sebuah pusat terkemuka bagi inovasi dan merupakan sebuah pasaran yang sangat menarik bagi pelabur asing. Bagaimanapun, ia telah berulang kali berada pada kedudukan terendah di dunia bagi kemudahan untuk menjalankan perniagaan dengan pelbagai cabaran dan rintangan untuk dihadapi. Kumpulan Tricor boleh menjadi rakan tempatan anda untuk membantu menjalankan operasi anda dengan lancar di Jepun, sama ada anda ingin mendirikan kedai atau menyelaraskan operasi semasa anda, kami dapat membantu anda memanfaatkan peluang yang semakin meningkat yang ditawarkan oleh Jepun.

Kumpulan Tricor (Tricor) adalah pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia, dengan pengetahuan global dan kepakaran tempatan di dalam perniagaan, korporat, pelabur, sumber manusia & senarai gaji, amanah korporat & perkhidmatan hutang, pentadbiran dana dan penasihat perniagaan strategik. Beribu pejabat secara strategik di Hong Kong, kami menjalankan operasi di 21 buah negara/wilayah dan merentasi satu rangkaian yang terdiri daripada 47 pejabat. Tricor melayani 50,000 pelanggan, termasuk lebih 2,500 syarikat tersenarai awam di Asia dan lebih 40% syarikat Fortune Global 500. Dengan mempunyai 2,800 orang pekerja, kami menyampaikan fungsi penting untuk membantu syarikat-syarikat yang bercita-cita tinggi mempercepatkan pertumbuhan mereka di Asia dan seterusnya.

Kelebihan Tricor datang daripada pengalaman industri yang mendalam, kakitangan yang komited, proses yang didorong oleh teknologi, metodologi yang diseragamkan, tumpuan berterusan terhadap perubahan dalam undang-undang dan peraturan dan hubungan industri yang luas. Tricor berada pada kedudukan yang unik untuk membuka potensi perniagaan anda, dan membantu anda untuk kekal selangkah di hadapan daripada persekitaran pengawalseliaan yang pelbagai dan cepat berkembang pada hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.tricorglobal.com/locations/japan

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210608005857/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
WILAYAH PENTADBIRAN KHAS HONG KONG (PEJABAT KUMPULAN)
Sunshine Farzan
Tricor Services Limited
Ketua Kumpulan bagi Pemasaran & Komunikasi
Tel: +852 2980 1261
E-mel: Sunshine.Farzan@hk.tricorglobal.com

JEPUN
Akie Hamagishi
Tricor Jepun
Pengarah, Pembangunan Korporat
Tel: +81 3 4580 2700
E-mel: Akie.Hamagishi@jp.tricorglobal.com

Sumber: Kumpulan Tricor  

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...