Thursday, June 24, 2021

MDRT ACADEMY TERUS BERKEMBANG DENGAN PENYERTAAN AHLI BARU DARI SUN LIFE ASIA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun (Bernama) -- The MDRT Academy — persatuan baharu yang membantu golongan profesional dalam bidang kewangan untuk memacu kerjaya mereka — baru-baru ini mengalu-alukan lebih daripada 670 orang penasihat kewangan dari Sun Life Asia sebagai ahlinya. Penyertaan penasihat kewangan Sun Life dari Hong Kong, Filipina, Indonesia, Vietnam, dan Malaysia ini akan meletakkan Sun Life sebagai syarikat anggota terbesar di MDRT Academy setakat ini. Akademi ini akan menjadi tambahan kepada program latihan dan pembangunan Brighter Gen and Brighter Pro yang dilaksanakan oleh Sun Life, serta menyokong aspirasi Sun Life untuk menjadi peneraju pasaran dalam khidmat nasihat kewangan yang berkualiti.

“Matlamat Sun Life ialah untuk menjadikan penasihat kewangannya sebagai golongan yang paling dihormati dan dikenali dalam industri, atas dasar kualiti nasihat dan profesionalisme mereka,” kata Leo Grepin, Presiden Sun Life Asia. “MDRT Academy adalah satu tambahan yang bernilai kepada program-program pembangunan penasihat kewangan Brighter Academy, yang membina kemahiran dan keupayaan untuk membimbing para penasihat kewangan sepanjang kerjaya mereka, dari penasihat kewangan yang baru memulakan kerjaya, sehinggalah kepada MDRT, dan kemudiannya pengurus agensi. Dengan akses kepada latihan dan pengalaman yang terbaik, penasihat kewangan Sun Life boleh mencapai aspirasi kerjaya mereka dan menyediakan pengalaman yang terbaik kepada klien kami,” kata Leo.
 
MDRT Academy dilancarkan dalam tahun 2017 untuk membantu kumpulan profesional dalam perkhidmatan kewangan mencapai tahap perolehan yang lebih tinggi dan menyertai MDRT. MDRT Academy ditubuhkan berasaskan pengalaman digital sepenuhnya, yang membolehkan ahli-ahlinya mengakses alat, sumber dan komuniti persatuan tersebut pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja melalui laman web intuitif dan aplikasi mudah alih. 

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...