Digiday menganugerahkan Best Publisher Platform kepada Sophi.io, suit alat automasi, pengoptimuman dan ramalan dikuasakan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Globe and Mail
TORONTO, 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, enjin automasi dan ramalan berasaskan kecerdasan buatan The Globe and Mail, telah memenangi 2021 Digiday Media Award untuk Best Publisher Platform yang mengiktiraf teknologi paling berjaya dalam membantu penerbit mencapai matlamat mereka.
“AI ialah teknologi penting untuk membantu penerbit menambahkan nilai tulen kepada kisah mereka — mengembangkan ukuran kejayaan mereka menjangkaui pandangan halaman dan ketularan. Contohnya, Sophi dapat memberikan data tentang jumlah setiap artikel pada The Globe and Mail menyumbang kepada pengekalan pelanggan, pemerolehan, potensi pendaftaran dan perbelanjaan pengiklanan. Selain itu, untuk mengerahkan pembelajaran mesin secara berkesan, kira-kira 10% tenaga kerja The Globe and Mail kini ialah saintis data dan jurutera data, digaji untuk membangunkan Sophi dan mengembangkan strategi dengan lebih lanjut,” kata Digiday.
Anugerah ini mengiktiraf syarikat, teknologi dan kempen yang menonjol dalam media sepanjang tahun lepas. “Tahun ini, persaingan sangat sengit dan program adalah kukuh. Inovasi dan idea besar mengembangkan medan persaingan untuk kebanyakan pemenang, walaupun dalam tahun apabila kuarantin mengehadkan tempat dan cara orang boleh bekerja — dan bermain,” menurut Digiday.
SOPHI.IO THE GLOBE AND MAIL MEMENANGI DIGIDAY MEDIA AWARD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment