Tuesday, June 22, 2021

KONSORTIUM YANG DIKETUAI OLEH EIG MEMETERAI PERJANJIAN INFRASTRUKTUR $12.4 BILION DENGAN ARAMCO

Konsortium terdiri daripada pelbagai pelabur terkenal dari Amerika Utara, Asia dan Timur Tengah


WASHINGTON, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penutupan bagi urus niaga mereka yang diumumkan  sebelum ini dengan Saudi Arabian Oil Co. (“Aramco”), di mana sebuah konsortium pelabur memperoleh 49% pegangan ekuiti dalam Syarikat Aramco Oil Pipelines (“Aramco Oil Pipelines”), sebuah entiti yang baharu dibentuk dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun bagi minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah stabil Aramco.

Proses pelaburan bersama yang diketuai oleh EIG itu di Aramco Oil Piplines telah menarik satu kumpulan pelabur institusi terkemuka global dari China, Kerajaan Arab Saudi, Korea, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat termasuk, antara lain, Syarikat Mubadala Investment, sebuah Pelabur Berdaulat Abu Dhabi, Tabung Jalan Sutera, Hassana dan Samsung Asset Management.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Kami sangat gembira kerana dapat menyelesaikan urus niaga ini dengan Aramco, sebuah pembekal tenaga global yang unggul. Kaliber bagi aset infrastruktur global tersohor ini dapat dibuktikan lagi oleh pelabur terkemuka yang telah melabur bersama-sama EIG. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan konsortium bertaraf dunia ini dan tidak sabar menantikan perkongsian jangka panjang dan bermanfaat ini.”

HSBC Bank plc bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga tersebut, dan Latham & Watkins berkhidmat sebagai penasihat undang-undang bagi EIG.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka bagi sektor tenaga global dengan $21.7 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2021. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $37 bilion kepada sektor tenaga melalui 370 projek atau syarikat di 37 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...