NEW YORK, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. (NYSE: PVH), pemilik bagi sebuah portfolio jenama ikonik termasuk TOMMY HILFIGER dan CALVIN KLEIN, hari ini mengumumkan bahawa Daniel Grieder akan melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah setelah 23 tahun berada dalam pelbagai peranan pengurusan di dalam organisasi itu, dan akan meninggalkan syarikat itu untuk mengejar minat lain. Martijn Hagman akan menggantikan Grieder dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah, berkuat kuasa 2 Jun, 2020.
Hagman pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah dan Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global, yang mengawasi operasi, kewangan, transformasi perniagaan digital, teknologi, pembangunan perniagaan dan program kelestarian global Tommy Hilfiger. Beliau adalah seorang veteran yang sudah 12 tahun berada di dalam pasukan kepemimpinan Tommy Hilfiger dan memainkan peranan penting di dalam pengembangan global Tommy Hilfiger yang mengagumkan dan strategi yang telah membawa kepada pertumbuhan tahun ke tahun PVH Eropah yang konsisten.
“Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah memasuki tahun ini pada laluan sama yang berjaya yang mereka telah lalui, dengan trend jualan yang mantap dan meningkatkan kesedaran jenama, dan berhubungan dengan pengguna,” kata Manny Chirico, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, PVH Corp. “Daniel telah menjadi seorang juara dalam mengembangkan keupayaan inovasi kami dan memperluaskan jangkauan TOMMY HILFIGER di seluruh dunia, sentiasa mendorong bagi sebuah set minda yang sentrik pengguna, fokus secara digital dan mapan, dan pada masa yang sama membina sebuah pasukan pengurusan yang sangat mantap.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13469
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bodor Laser Menyediakan Penyelesaian Pemotongan Profil Serba Lengkap untuk Fabrikasi Keluli Struktur
JINAN, China, 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perbelanjaan infrastruktur persekutuan dan pelaburan modal sektor swasta sedang mendorong ...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Dari kiri ke kanan): Naib Presiden Eksekutif Unit Bisnes Mikroelektronik & Ahli Lembaga Pengarah, Ingolf Schroeder, dan Naib Presiden K...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment