SHENZHEN, China, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa pandemik COVID-19, banyak negara mengumumkan kuarantin wajib dan telah menghentikan sementara aktiviti perdagangan dan perniagaan luar talian mereka, tetapi bukan semua aktiviti perniagaan boleh ditangguhkan untuk satu jangka waktu yang tidak ditetapkan. Pembeli global masih perlu membeli produk perindustrian dan produk separa siap dari China untuk meneruskan pengeluaran dan bagi membantu tenaga kerja mereka untuk kembali bekerja.
Terdapat satu permintaan global bagi produk perindustrian dan separa siap, dan kilang-kilang China memiliki kapasiti pengeluaran yang mencukupi, tetapi pembeli tidak boleh mengunjungi China semasa pandemik itu dan sekatan yang dikenakan terhadap perjalanan antarabangsa. Namun, terima kasih kepada ECVV.com, mereka kini boleh mencari pembekal yang berkelayakan, untuk memastikan keselamatan pembayaran, dan memastikan pengiriman yang selamat bagi barangan yang dibeli. Ditubuhkan pada tahun 2006, ECVV.com, sebuah platform penyumberan produk perindustrian rentas sempadan, menawarkan perkhidmatan Safebuy yang direka untuk menyelesaikan masalah bagi pembeli global yang mendapatkan produk dari China. Semasa pandemik COVID-19 itu, kelebihan bagi perkhidmatan Safebuy menjadi lebih jelas. Perkhidmatan Safebuy ECVV telah digunakan oleh lebih daripada 3,000 pelanggan antarabangsa sejak ia dilancarkan dan telah membantu agensi-agensi kerajaan, pengeluar, peruncit borong, dan pusat-pusat perkhidmatan di seluruh dunia untuk memperolehi sumber dan mendapatkan produk dari China. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13454 |
Monday, June 1, 2020
BAGAIMANA UNTUK MENERUSKAN PENYUMBERAN DARI CHINA BAGI MEMULAKAN SEMULA KERJA DAN PENGELUARAN SELEPAS SEKATAN PERJALANAN BAHARU CHINA? ECVV MEMPUNYAI JAWAPANNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment