Thursday, June 25, 2020
Fusionex Menyumbangkan RM10,000 Kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Assunta Untuk Membantu Anak-Anak Muda Yang Kurang Bernasib Baik
PETALING JAYA, Malaysia, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bagi meneruskan misi mereka untuk membantu anggota masyarakat yang kurang bernasib baik pada masa yang tidak menentu ini, pemimpin teknologi AI dan Data Besar Fusionex telah menyumbangkan RM10,000 kepada Pertubuhan Kanak-kanak Assunta (ACS) untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200623005498/en/
ACS adalah satu inisiatif kumpulan yang diketuai oleh Franciscan Missionaries of Mary untuk menggalakkan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan membantu keluarga mereka. Pertubuhan itu menguruskan sebuah pusat jagaan harian yang memberi khidmat kepada 47 kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 14 tahun. Objektif ACS adalah untuk memperkasakan kanak-kanak dengan pendidikan yang lebih baik agar dapat mengubah kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik.
Dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Fusionex di Petaling Jaya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dato’ Seri Ivan Teh telah menyampaikan sekeping cek cura kepada Pengarah ACS Sister Maria Chan. Sumbangan ini akan membolehkan kanak-kanak itu untuk mengikuti pengajian mereka dan berhubungan dengan guru mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
“Kami sangat gembira dan berterima kasih kepada Fusionex di atas sumbangan mereka yang tepat pada masanya semasa tempoh yang sukar ini kerana ia akan membolehkan kami untuk meningkatkan kemudahan dan komputer kami yang sedia ada, yang sudah usang untuk menyokong pelbagai sumber pembelajaran dalam talian. Penderma adalah sangat jarang sekarang, terutama pada keadaan sukar ini dan kami sememangnya bertuah kerana telah menerima sokongan ini dari Fusionex. Setiap sumbangan dikira dan sumbangan Fusionex akan digunakan untuk membina sebuah masa depan yang lebih cerah bagi kanak-kanak itu melalui pendidikan,” kata Sister Maria Chan.
Turut hadir pada majlis itu adalah beregu campuran negara dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh Liu Ying dan bekas pemain beregu badminton nombor satu dunia dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Chan Chong Ming. Goh Liu Ying telah menyampaikan raket badminton dan bulu tangkis kepada Sister Maria Chan, dengan disaksikan oleh Chan Chong Ming. Peralatan sukan itu bertujuan bukan sahaja untuk mendorong kanak-kanak untuk tetap cergas dan aktif dengan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang sihat seperti bersukan, tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak itu untuk mencapai kecemerlangan yang sama seperti wira-wira badminton kita.
“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan sosial bagi semua segmen masyarakat kita di seluruh negara. Fusionex gembira kerana dapat memainkan peranan kami, walaupun kecil, di dalam membantu ACS – kerana kanak-kanak adalah masa depan Malaysia dan kami percaya di dalam menyokong sepenuhnya mereka untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu kanak-kanak ini memperoleh pendidikan yang lebih baik dan mengejar impian mereka,” kata Teh.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sister Maria dan semua wakil ACS di atas usaha berterusan yang mereka lakukan untuk membantu kanak-kanak itu. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain badminton kita, Chong Ming dan Liu Ying, di atas sumbangan mulia mereka kepada pusat kanak-kanak itu dan kerana menjadikan negara kita bangga dengan pencapaian luar biasa mereka,” kata Teh.
Maklumat mengenai Pertubuhan Kanak-kanak Assunta
Pertubuhan Kanak-kanak Assunta (ACS) adalah satu inisiatif oleh sekumpulan manusia yang diketuai oleh Franciscan Missionaries of Mary untuk menggalakkan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan membantu keluarga mereka. Ia telah didaftarkan pada tahun 1994 dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pertubuhan Kanak-kanak Assunta Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pertubuhan itu menguruskan sebuah pusat jagaan harian untuk kanak-kanak dan tidak mengenakan yuran bagi penjagaan anak, kriteria untuk kemasukan adalah kemiskinan dan ibu bapa tunggal. Empat puluh tujuh kanak-kanak mendaftar di ACS, dengan usia di antara 4 tahun hingga 14 tahun. ACS bergantung kepada sumbangan untuk menyelenggarakan pusat jagaan harian itu.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.
Fusionex telah disenarai pendekkan pada laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan dan dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200623005498/en/
Hubungi
Untuk pertanyaan media:
Nancy Baker
nancy@international-marketinsights.com
Sumber : Fusionex
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13526
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment