NEW YORK, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aviation Week Network akan mengadakan Aero-Engines Europe Maya, sebuah acara digital dengan peluang penghubungan yang ditingkatkan dan kandungan pendidikan berkualiti tinggi pada 16-17 September. Keputusan proaktif untuk mentransformasikan persidangan tahunan ini kepada acara maya selepas menilai sekatan kerajaan dan perniagaan terhadap perjalanan dan dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan hadirin. Aero-Engines Europe akan kembali sebagai acara langsung di Stavanger, Norway pada 15-16 September, 2021.
Aero-Engines Europe ialah acara ulung yang didedikasikan secara eksklusif kepada aliran dan isu berkaitan komuniti MRO enjin Eropah, mengumpulkan pemegang berkepentingan merentasi rantaian nilai termasuklah OEM, MRO, syarikat penerbangan, pemberi pajak dan pembekal. Acara maya akan menyediakan kandungan dan perangkaian digital dan forum tempat syarikat penerbangan, pemberi pajak enjin, OEM, dan komuniti pembekal MRO boleh berhubung dan mencari rakan kongsi perniagaan baharu dan sedia ada serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.
"Kami sedar akan kepentingan Aero-Engines Europe dan keseluruhan siri Aero-Engines terhadap industri dan usaha yang digunakan untuk menyediakannya," kata Lydia Janow, Pengarah Urusan Acara Aviation Week Network. “Menggantikan acara langsung dengan acara mudah bukanlah suatu keputusan yang mudah, dan oleh yang demikian, dalam waktu yang sukar ini, kami ingin berterima kasih kepada komuniti kami atas pemahaman dan sokongan mereka. Kami menanti-nantikan untuk meneruskan peranan kami dalam memacu industri kita ke hadapan, menghubungkan komuniti kita dan menyokong perniagaan, kita akan menghadapinya secara bersama-sama.”
Pasukan acara Aviation Week sedang memperhalus butiran yang akan menyokong peralihan ini dan akan berkongsi kemas kini melalui laman web dan platform media sosial dalam minggu-minggu yang akan datang.
Syarikat induk Aviation Week Network, Informa, telah membangunkan AllSecure, sebuah set standard dan garis panduan ditingkatkan yang menyediakan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi di semua acara Informa. Semua acara Aero-Engines dan MRO akan datang akan dianjurkan menurut standard AllSecure, yang menyediakan pelanggan dengan jaminan bahawa penyertaan mereka adalah dalam persekitaran yang sihat dan terkawal.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13540
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment