“Organisasi menyedari bahawa tanpa kebolehlihatan tahap tinggi terhadap ancaman siber, tiada cara untuk mengesan dan bertindak balas terhadap serangan yang berterusan yang melanda organisasi mereka,” kata Geoff Noble, Naib Presiden, Anomali, Asia Pasifik. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan penyedia keselamatan siber yang terkemuka di Bangladesh, OneWorld InfoTech, untuk membantu pelanggan di sana memperoleh akses kepada penyelesaian kecerdasan ancaman siber (CTI) berpandu yang dapat membantu mereka meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko.”
“Anomali membawakan pendekatan unik untuk menghubungkan data luaran dengan pengetahuan dalaman untuk menjalankan gambaran kecerdasan yang disatukan untuk organisasi mengurangkan risiko merentasi persekitaran mereka. Dengan mengembangkan portfolio keselamatan IT kami dengan Anomali, kami menjangkakan akan membantu organisasi di sektor persendirian dan awam di Bangladesh dalam membangunkan program kecerdasan ancaman siber yang berkesan dan komuniti yang berkongsi tentang ancaman untuk meningkatkan pertahanan dengan pesat,” kata Maruf Ahmed, Pengarah Global Teknologi dan Perkhidmatan, OneWorld InfoTech.
Pelanggan bersama Anomali dan OneWorld InfoTech menerima penyelesaian CTI yang paling canggih, komprehensif dan mudah digunakan dalam pasaran hari ini. Anomali menyediakan:
Anomali Lens - Teknologi pertama yang seumpamanya membolehkan sesiapa sahaja untuk mengetahui secara automatik dan segera jika organisasi mereka diserang, identiti musuh mereka, dan jika serangan tersebut telah berjaya. Dengan satu klik, Anomali Lens mengimbas kandungan berasaskan web, mengesan dan menyerlahkan semua ancaman yang dikenal pasti, menyediakan butiran yang mudah difahami tentang ancaman tersebut dan memberitahu pengguna jika sebarang ancaman sudah ada dalam rangkaian mereka. Kandungan web berstruktur dan tidak berstruktur yang diimbas oleh Anomali Lens termasuklah berita, blog, penyelidikan, buletin, log SIEM, log keselamatan lain, laporan IR, Twitter dan rangkaian sosial lain.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13519
No comments:
Post a Comment