SINGAPURA, 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, pembekal peneraju penyelesaian Secure Access Sifar Kepercayaan, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperluas tawaran untuk membantu pelanggan menyokong inisiatif kerja dari rumah (WFH) yang berterusan dan menyokong perkhidmatan perniagaan dalam talian yang baharu. Program Pulse Cares akan ditawarkan sehingga 30 September 2020, memberikan pelesenan fleksibel dan membolehkan pelaksanaan yang dipercepatkan dan peningkatan kapasiti untuk menyokong kesinambungan perniagaan apabila organisasi melanjutkan keupayaan tempat kerja digital dalam krisis kesihatan global COVID-19.
Program Pulse Cares direka bentuk untuk mempercepat jualan dan respons perkhidmatan bagi memastikan ketahanan perniagaan pelanggan. Sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, Pulse Secure telah menyediakan lesen sementara kepada lebih 1,500 akaun perusahaan yang memerlukan sokongan segera untuk menyingkirkan penangguhan pengerahan semasa pemerolehan lesen kekal mereka.
Syarikat-syarikat sedang mempercepat tawaran digital untuk mengimbangi impak ekonomi bagi perniagaan mereka disebabkan oleh pandemik. Menurut laporan “Application Delivery Infrastructure for Cloud-Forward Enterprises” oleh Enterprise Management Associates yang akan datang, 40% organisasi perlu meningkatkan infrastruktur aplikasi mereka bagi menyokong beban kerja WFH yang meningkat. Selain itu, 35% organisasi telah melabur dalam lebih banyak automasi dan telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan awan untuk menyokong peralihan WFH COVID-19.
“Perusahaan sedang mengalami trafik beban kerja yang lebih banyak secara ketara semasa krisis kesihatan global ini, yang memerlukan organisasi IT untuk meningkatkan prestasi aplikasi mereka untuk menyokong permintaan dan untuk menyemak infrastruktur penyampaian mereka untuk kebolehskalaan dan ketahanan,” kata Shamus McGillicuddy, Pengarah Penyelidikan di Enterprise Management Associates. “Penyelesaian Pengawal Penyampaian Aplikasi Lanjutan yang menawarkan kefleksibelan pengurusan maya dan awan seperti penyelesaian daripada Pulse Secure boleh membantu organisasi menskala dengan cepat sambil memperoleh kecekapan kos yang lebih besar.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13490
No comments:
Post a Comment