SANTA CLARA, Calif., 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Hillstone Networks telah disenaraikan di dalam Panduan Pasaran bagi Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian* bagi penyelesaian Sistem Pengesanan Pelanggaran Pelayan (sBDS) mereka.
Laporan itu menyediakan satu gambaran keseluruhan yang terperinci mengenai pasaran dan menganalisis pengesanan dan tindak balas rangkaian (sebelum ini dikenali sebagai analisis trafik rangkaian) vendor untuk dipertimbangkan oleh pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko global.
“Perusahaan harus bersungguh-sungguh mempertimbangkan penyelesaian NDR untuk melengkapkan peranti yang berasaskan tandatangan dan mekanisme keselamatan rangkaian,” kata penganalisis Gartner, Lawrence Orans, Jeremy D'Hoinne dan Josh Chessman. “Banyak pelanggan Gartner telah melaporkan bahawa peranti NDR telah mengesan trafik rangkaian yang mencurigakan yang terlepas pandang oleh peranti keselamatan perimeter yang lain.”
Sistem Pengesanan Pelanggaran Pelayan (sBDS) Hillstone mengamalkan pelbagai teknologi pengesanan ancaman yang termasuk kedua-dua teknologi berasaskan tandatangan tradisional serta pemodelan data pintar ancaman berskala besar dan pemodelan analitik tingkah laku pengguna, yang menyediakan satu penyelesaian yang ideal untuk mengesan serangan ancaman yang tidak diketahui, bagi melindungi pelayan yang bernilai tinggi dan kritikal dan data sensitif mereka daripada terbocor atau dicuri.
“Hillstone sBDS menggabungkan teknologi pengesanan tradisional dan enjin analitik yang dikuasakan oleh AI untuk secara efektif mengesan ancaman keselamatan di intranet, dan boleh disepadukan dengan produk Hillstone yang lain bagi mencapai tindak balas ancaman. Ini membolehkan pasukan keselamatan pelanggan kami untuk melihat, memahami, dan bertindak bagi menghentikan sesuatu ancaman dengan pantas,” kata Timothy Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas bersama di Hillstone Networks.
*Gartner, Panduan Pasaran bagi Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian, Lawrence Orans, Jeremy D'Hoinne, Josh Chessman, 11 Jun, 2020
Penafian Gartner:
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor tertentu dengan penilaian paling tinggi atau penentuan yang lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh diertikan sebagai kenyataan berfakta. Gartner menafikan semua jaminan, yang tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan bagi kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.
Maklumat mengenai Hillstone Networks
Penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan kebolehlihatan, kecerdasan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan boleh melihat secara menyeluruh, memahami secara menyeluruh, dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan dari pinggir ke awan dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah kos bagi pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.hillstonenet.com
Hubungi
Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com
Sumber : Hillstone Networks
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13511
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment