CHONGQING, China, 23 Jun, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
18 Jun, 2020 menandakan ulang tahun ke-10 bagi penubuhan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang. Menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, KDNK wilayah tersebut meningkat dari 100.2 bilion yuan kepada 339.1 bilion yuan dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, untuk berada pada kedudukan ke-4 di antara 19 kawasan baharu nasional China.
Sepanjang dekad yang lalu, konsep bagi pembukaan telah berakar umbi di dalam kesemua aspek bagi pembangunan ekonomi dan sosial untuk kawasan baharu.
Pada November 2019, Majlis Negeri itu telah mempersetujui pembukaan selanjutnya bagi Pelabuhan Guoyuan di Pelabuhan Chongqing untuk menjadikannya sebagai sebuah kawasan terbuka. Ia telah berkembang daripada sebuah halaman penyimpanan di tebing Sungai Yangtze untuk menjadi “pusat pemindahan” dunia dan serta sebagai sebuah titik perhubungan fizikal yang penting di antara Inisiatif Belt and Road dan Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze. Kisah Pelabuhan Guoyuan adalah merupakan satu contoh yang baik mengenai pembukaan dan penyertaan pedalaman Chongqing di dalam pasaran global.
Pengangkutan yang selesa telah menarik lebih banyak projek di peringkat tinggi.
Membina di atas kelebihan strategik bagi kawasan baharu peringkat nasional, kawasan teras bagi projek demonstrasi China-Singapura dan kawasan teras bagi zon perdagangan bebas perintis Chongqing, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang sedang maju ke hadapan di dalam pembaharuan dan mempercepatkan pembinaan empat platform utama termasuk Pelabuhan Guoyuan, kawasan pelabuhan terikat, pusat kewangan antarabangsa Jiangbeizui dan bandar raya konvensyen dan pameran Yuelai.
KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MEMULAKAN USAHA KEDUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment