MALTA, 4 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Selepas epidemik COVID-19, di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat, industri kripto semakin mendapat perhatian yang banyak – jumlah bilangan transaksi yang disahkan setiap hari, menurut Blockchain.com, telah meningkat secara stabil sejak penurunan dramatik BTC pada bulan Mac kepada kira-kira 250K transaksi setiap hari; sementara jumlah dagangan pada bursa Bitcoin utama telah mencecah USD 684.4M pada bulan Mac. Pandemik COVID-19 sememangnya telah mempercepat penggunaan kripto, menggalakkan lebih ramai orang mengembangkan kepercayaan dalam Bitcoin berbanding dengan bentuk yang lebih tradisional seperti emas, pasaran saham dan hartanah.
OKEx sedang mengembangkan kehadirannya di pelbagai rantau dunia menjangkaui 180 negara dan kawasan sedia ada memandangkan peluang perniagaan yang semakin berkembang dan perdagangan kripto yang semakin meningkat. “Ini ialah masa yang menarik untuk OKEx, kami merancang untuk membuka pejabat baharu di lebih banyak rantau untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna kami dengan lebih baik, dan kami telah mula merekrut pakar blok rantai yang bersemangat untuk berkembang dan berjaya bersama-sama. Kami menjangkakan peningkatan 100% dalam jumlah bilangan kakitangan dalam 2 tahun memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari seluruh dunia,” kata Jay Hao, CEO OKEx.
Jay juga berkongsi bahawa OKEx melancarkan Beacon Program di rantau Eropah untuk menyokong mereka yang berminat dalam dunia blok rantai dan kripto yang berkembang maju pada masa sekatan pergerakan yang juga berfungsi sebagai peluang untuk memupuk bakat yang berpotensi untuk OKEx.
OKEx Beacon Program akan merekrut sejumlah 6 menti untuk program mentor eksklusif selama satu bulan dengan CEO Jay Hao dan Pengarah Pasaran Kewangan Lennix Lai. Sekali seminggu, menti akan menyertai sesi bersama mentor selama 30 minit pada Telegram. Selain itu, mereka juga akan menyertai kelas pakar yang dibimbing profesional industri pada topik khusus dalam rantai blok dan kripto, dikongsikan ringkasan berita harian, penyelidikan industri, dan pengetahuan produk setiap hari, diberikan bimbingan oleh pasukan OKEx dan peserta yang cemerlang akan berpeluang menyertai pasukan OKEx di masa hadapan.
Perihal OKEx
Pasaran kriptowang paling besar dan paling pelbagai, OKEx merupakan tempat pedagang kripto, pelombong, dan pelabur berinstitusi kripto global berkumpul untuk mengurus aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan, dan melindung daripada risiko. Kami menyediakan dagangan lani dan terbitan, termasuklah dagangan hadapan, pertukaran berterusan, dan pilihan bagi kriptowang utama, menawarkan pelabur kefleksibelan hebat pelabur dalam merumuskan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko.
Orang Hubungan Media
Vivien Choi
media@okex.com
SUMBER : OKEx
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment