Wednesday, June 3, 2020

IMPOSSIBLE FOODS MEMPEROLEH INJUNKSI DALAM KES PELANGGARAN TANDA PERNIAGAAN EU

  • Mahkamah Kesatuan Eropah yang terkemuka memihak kepada Impossible Foods dalam kes pelanggaran tanda perniagaan terhadap Nestlé, syarikat makanan terbesar dunia
  • Keputusan melarang beberapa anak syarikat Nestlé di seluruh Eropah untuk memasarkan “Incredible Burger” dan dikenakan penalti sebanyak €25,000 setiap hari sekiranya jenama yang melanggar undang-undang itu masih berada di pasaran
  • Impossible Foods memohon untuk melindungi hak pengguna terhadap ketelusan dan mahkamah percaya bahawa Nestlé dengan sengaja berusaha untuk mengelirukan pengguna supaya membeli produk mereka dengan meniru nama, identiti visual, dan petunjuk penjenamaan lain dari Impossible Foods
REDWOOD CITY, Calif., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah mahkamah Kesatuan Eropah yang terkemuka telah mengeluarkan perintah awal kepada Impossible Foods pada minggu ini, dengan memerintahkan konglomerat makanan global Nestlé S.A. untuk berhenti menggunakan nama produk “Incredible Burger.”

Mahkamah Daerah bagi The Hague memutuskan pada 27 Mei bahawa penggunaan “Incredible Burger” di Eropah melanggar tanda perniagaan ImpossibleTM bagi Impossible Foods, termasuk Impossible BurgerTM, dan berkemungkinan akan mengelirukan pelanggan.

Akibatnya, anak-anak syarikat Nestlé di Eropah dilarang daripada menjenamakan produk “Incredible Burger.” Sekiranya mereka gagal untuk mengeluarkan jenama yang melanggar undang-undang itu dalam tempoh empat minggu, setiap daripada 10 anak syarikat Nestlé yang berasingan yang terlibat dalam kes ini akan dikenakan denda sebanyak €25,000 sehari – satu penalti bagi seluruh syarikat sehingga €250,000 bagi setiap anak syarikat selama tempoh injunksi itu.

“Orang ramai secara khusus mencari Impossible Burger kerana ia adalah sebuah produk unggul yang unik di dalam dunia makanan yang berasaskan tumbuhan,” kata Dana Wagner, Ketua Pegawai Undang-undang bagi Impossible Foods. “Walaupun kami memuji usaha syarikat lain untuk mengembangkan produk berasaskan tumbuhan, kami tidak mahu pengguna bingung dengan imej yang mengelirukan itu. Kami bersyukur kerana mahkamah memperakui pentingnya tanda perniagaan kami dan menyokong usaha kami untuk melindungi jenama kami terhadap serangan daripada sebuah gergasi multinasional yang kuat.”

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...