Wednesday, June 3, 2020

LAWATAN KERJA MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KE TECHNOLOGY PARK MALAYSIA


Table

YB Khairy melihat robot pemulihan TPM digunakan dalam proses pemulihan pesakit kurang upaya semasa lawatannya ke TPM.


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, melakukan lawatan kerja ke Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil pada 2 Jun 2020. Ini merupakan lawatan pertama mereka ke TPM sejak menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI.
 
Dalam lawatan tersebut, mereka telah bertemu dengan Pengerusi TPM Corporation, YB Datuk Abu Samah Bachik dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Sharbani Harun untuk membincangkan kemajuan dan perkembangan TPM, serta isu-isu kepentingan bersama.
 
Delegasi menteri turut berkunjung ke syarikat inkubati TPM, BNetworks Sdn.Bhd yang membangun, mengeluarkan dan menyediakan penyelesaian end-to-end Internet of Things (IoT) untuk bandar pintar, kehidupan pintar, connected hospitality dan assisted living market segments. Produk penyelesaian universal IoT bWave mereka merupakan pemenang pelbagai anugerah buatan tempatan dan penyelesaian IoT pertama yang dikomersialkan di Malaysia.
 
Lawatan ini telah memberi peluang untuk memantau dan menganalisis perkembangan agensi, mengukuhkan hubungan MOSTI-agensi yang sedia erat serta menegakkan misi dan kepentingan MOSTI.
 
Technology Park Malaysia, sebuah agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mempunyai infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang bersepadu untuk membantu usahawan teknologi yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Hijau Teknologi. 


Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd


SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...