“Sebelum kami menerima UVD robot itu, enam orang doktor di hospital itu telah dijangkiti dengan COVID-19. Sejak kami mula menggunakan robot itu dua bulan yang lalu untuk tujuan nyahjangkit, kami tidak mengalami walau satu kes korona di kalangan doktor, jururawat atau pesakit,” kata Christiano Huscher, ketua pakar bedah di Gruppo Poloclinico Abano, yang mengendalikan sejumlah hospital swasta di Itali. UVD Robots melihat bukan sahaja kepada minat yang semakin meningkat oleh hospital-hospital di seluruh dunia, tetapi juga dari rumah penjagaan dan institusi penjagaan kesihatan yang lain, sekolah-sekolah dan pusat-pusat jagaan harian, dengan peningkatan permintaan juga dari pusat-pusat membeli-belah dan lapangan terbang komersial. (Foto: Business Wire)
Pengalaman Meneruskan Pertumbuhan Global ketika Robot Nyahjangkit Digunakan sebagai Senjata Berkesan Terhadap Koronavirus dan Jangkitan yang Diperolehi di Hospital
ODENSE, Denmark, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Ocean Robotics mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan di dalam senarai Robotics Business Review bagi 50 syarikat robotik paling berpengaruh di dunia (RBR50) untuk UVD Robots mereka. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi di atas usaha dengan UVD Robot, faedah kesihatan bagi teknologi mereka dan permintaan yang semakin meningkat untuk keupayaan nyahjangkit mereka. UVD Robots menggabungkan pengetahuan mikrobiologi yang mendalam, teknologi robot berautonomi dan cahaya ultraungu untuk menghasilkan penyelesaian penyahjangkitan yang berasaskan UV-C terbaik di dunia, yang terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10-15 minit di dalam sebuah bilik. Robot itu telah dilancarkan ke lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. “UVD Robots menguasai lebih daripada 75% pasaran dunia bagi robot penyahjangkitan UV-C bergerak berautonomi,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics. “Dengan pertumbuhan yang dijangkakan di masa hadapan, pendahuluan kami antara 2 hingga 4 tahun ke atas pesaing dengan penyelesaian yang dipatenkan, kami adalah syarikat yang dominan untuk masa hadapan.” Diwujudkan melalui satu kerjasama dengan Odense University Hospital, Blue Ocean Robotics telah mencipta UVD Robots sebagai sebuah anak syarikat pada tahun 2014 untuk menyelesaikan masalah bagi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI). Satu dalam lima belas orang telah dijangkiti di hospital. Eugene Demaitre, editor kanan di The Robot Report and Robotics Business Review, berkata, “Penyelesaian itu telah diperkenalkan ke pasaran malah sebelum pandemik COVID-19, dan sejak itu UVD Robots telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk penyahjangkitan berautomatik. Kami menjangkakan bahawa syarikat RBR50 Denmark itu akan, di masa hadapan, membantu kedua-dua hospital dan lokaliti lain untuk juga mencegah jangkitan.” Maklumat mengenai Blue Ocean Robotics Blue Ocean Robotics membangun, menghasil dan menjual robot perkhidmatan profesional di dalam penjagaan kesihatan, perhotelan, pembinaan, pertanian, dan pasaran global yang lain. Portfolio bagi robot-robot itu merangkumi jenama; UVD Robots, sebuah robot bergerak untuk nyahjangkit; GoBe Robots, sebuah robot yang menggunakan teknologi realiti maya untuk berkomunikasi, penyertaan sosial, dan pembaikan iklim CO2; dan PTR Robots, sebuah robot bergerak untuk pengendalian dan pemulihan pesakit secara selamat. Blue Ocean Robotics membangunkan robot dari masalah dan idea sehingga kepada pengembangan. Setiap robot ditempatkan di syarikat usaha niaga anak syarikatnya sendiri, menjadikan Blue Ocean Robotics sebagai Kilang Usaha Niaga Robot yang pertama di dunia. Muat turun kit media di sini.
Galeri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52234207/en
Hubungi Merima Cikotic Blue Ocean Robotics mc@blue-ocean-robotics.com +45 71-99-56-06 Sumber : Blue Ocean Robotics |
Thursday, June 18, 2020
BLUE OCEAN ROBOTICS DAN UVD ROBOTS MEREKA DIIKTIRAF SEBAGAI 50 SYARIKAT ROBOTIK UTAMA PALING BERPENGARUH OLEH ROBOTICS BUSINESS REVIEW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment