Thursday, June 11, 2020

DATA MODEL PRAKLINIKAL NAFLD/NASH BAHARU AKAN DIBENTANGKAN PADA ADA 2020

SAN DIEGO, 11 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pembentangan data pembangunan model praklinikal NAFLD/NASH baharu dan proprietari. Data akan tersedia di American Diabetes Association (ADA) 80th Scientific Sessions, serta acara maya percuma CrownBio sendiri.

Data baharu ini mengongsikan pembangunan model NAFLD/NASH yang dijana melalui pengubahsuaian pemakanan merentasi himpunan mencit yang bertranslasi tinggi dan model praklinikal NHP CrownBio. Model ini akan mendayakan pembangunan ubat praklinikal yang ditingkatkan NAFLD/NASH, bidang penyakit yang kekurangan terapi yang diluluskan buat masa ini.

Berserta poster ADA 2020, CrownBio juga menyokong Hari NASH Antarabangsa yang serentak pada 12hb Jun dengan pembentangan pembangunan model NAFLD/NASH. CrownBio akan menganjurkan acara maya percuma, memberikan akses kepada semua sumber ini, yang boleh didaftarkan di CrownBio.com/ADA20.

“Kami komited untuk memajukan dan mempercepat penyelidikan NAFLD/NASH, dengan terus meningkatkan platform kami bagi model bertranslasi tinggi,” kata Dr. Jim Wang, naib presiden kanan penyakit kardiovaskular dan metabolik di CrownBio. “Kami amat teruja kerana dapat berkongsi penyelidikan terkini kami di bidang yang mempunyai permintaan tinggi yang belum dipenuhi ini merentasi pelbagai acara maya inovatif pada bulan Jun ini.”

Acara ADA maya CrownBio akan berlangsung dari 12hb hingga 16hb di CrownBio.com/ADA20, dan akan membenarkan perbincangan dengan pasukan penyakit kardiovaskular dan metabolik CrownBio, serta menyemak dan memuat turun pelbagai sumber merentasi bidang penyakit, termasuklah penyakit NAFLD/NASH, diabetes, obesiti, renal dan kardiovaskular.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

Pertanyaan Media:

Crown Bioscience 
Jody Barbeau
pr@crownbio.com

SUMBER : Crown Bioscience 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...