Sampel penilaian SSD E3.S Kioxia dipasang pada prototaip pelayan yang dipasang di rak bersaiz 2U yang boleh memasang 48 unit SSD E3.S (Gambar imej) (Foto: Business Wire)
Faktor bentuk EDSFF[1] (Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data) E3.S membolehkan ketumpatan dan prestasi yang lebih tinggi memacukan skala data pusat
TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation telah membangun dan memulakan penghantaran bagi sampel kejuruteraan bagi Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF) E3.S generasi seterusnya yang diseragamkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal SNIA SFF TA.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/
E3.S adalah satu standard faktor bentuk baharu bagi SSD NVMe™ di pusat data Awam dan perusahaan, terutamanya yang menyasarkan PCIe® 5.0 dan seterusnya. E3.S itu akan menyumbang kepada reka bentuk dan pengembangan sistem generasi akan datang, seperti awan, pelayan hiper bertumpu dan serbaguna dan sistem All Flash Array (AFA) di dalam pusat data awan dan perusahaan.
Spesifikasi E3.S itu memungkinkan pilihan untuk saiz, kuasa dan kapasiti, kesemuanya dengan satu penyambung biasa. Direka untuk generasi PCIe masa depan yang menawarkan bajet kuasa yang lebih tinggi, EDSFF E3.S memberikan prestasi, penyejukan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding dengan faktor bentuk yang lain.
Sampel kejuruteraan E3.S Kioxia, yang didasarkan kepada CM6 Kioxia Siri PCIe 4.0 NVMe 1.4 SSD dalam faktor bentuk 2.5 inci, menunjukkan prestasi kira-kira 35% lebih tinggi dengan alat kawalan yang sama dan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D TLC di dalam faktor bentuk EDSFF E3.S dengan lorong x4 dan 28W (+ 40%) kuasa.
Faedah EDSFF E3.S termasuk:
- Ketumpatan storan kilat yang lebih tinggi untuk penggunaan kuasa, tapak storan dan penggunaan rak sistem yang lebih cekap
- Menyokong PCIe 5.0 dan seterusnya melalui peningkatan integriti isyarat
- Ciri-ciri penyejukan dan terma yang lebih baik
- Prestasi dan faedah melebihi versi faktor bentuk 2.5 inci
- Status pemanduan dapat ditunjukkan dengan petunjuk LED
- Menyokong konfigurasi lorong x8 PCIe
Nota
[1] Promoter Kumpulan Kerja EDSFF merangkumi sistem pelayan perusahaan dan penyedia perkhidmatan awan seperti Dell EMC, Facebook, HPE, Lenovo dan lain-lain. Kioxia mengambil bahagian sebagai sebuah penyumbang.
* NVMe adalah merupakan tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* PCIe adalah merupakan sebuah tanda perniagaan berdaftar milik PCI-SIG
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia Corporation
No comments:
Post a Comment