PepsiCo di Thailand yang pertama melancarkan kempen, mengakses inventori premium TikTok melalui platform The Trade Desk
SINGAPURA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Trade Desk (Nasdaq: TTD) dan TikTok, destinasi utama bagi video mudah alih bentuk pendek, telah mengumumkan satu perkongsian pengiklanan baharu yang meliputi pasaran utama Asia Pasifik. Perkongsian itu akan membolehkan pengiklan untuk mengakses secara terus inventori premium TikTok di seluruh Asia Pasifik melalui platform The Trade Desk. TikTok adalah platform video bentuk pendek yang pertama untuk mengintegrasikan penawaran iklan mereka dengan The Trade Desk, menjadikannya sebuah pembangunan terkemuka industri yang unik untuk jenama-jenama di rantau itu.
TikTok adalah sebuah destinasi untuk mencipta dan menemui video mudah alih bentuk pendek yang sebenar, menarik, dan menyeronokkan, dan jenama-jenama adalah teruja dengan peluang itu untuk berhubung dengan berjuta-juta pengguna di platform itu. Penyepaduan dengan The Trade Desk, sebuah platform teknologi pengiklanan global terkemuka, akan memudahkan bagi pengiklan untuk menggabungkan TikTok ke dalam kempen mereka. PepsiCo adalah pelanggan pertama untuk mengakses inventori TikTok melalui The Trade Desk, menjalankan satu kempen bagi portfolio Lays di Thailand, dengan agensi media Mindshare.
“Ketika penyelesaian pengiklanan kami meningkat, kami sentiasa mencari rakan dengan pemimpin-pemimpin industri seperti The Trade Desk untuk membawa pilihan pengiklanan yang berkualiti dan berprestasi tinggi kepada jenama-jenama di Asia Pasifik, termasuk India. Objektif utama bagi perkara ini adalah untuk membolehkan lebih banyak jenama untuk meneroka ke dalam video mudah alih bentuk pendek TikTok sebagai sebahagian daripada kempen saluran semua arah mereka,” kata Sam Singh, Naib Presiden bagi Pengewangan, India, TikTok.
“Kami gembira kerana dapat melancarkan perkongsian ini dengan TikTok merentasi Asia Pasifik,” kata Mitch Waters, Naib Presiden Kanan Asia Selatan, The Trade Desk. “Semua orang di rantau ini memahami skop jangkauan TikTok, terutamanya dengan pengguna asli telefon pintar di India dan Indonesia. Jenama-jenama akan dapat meningkatkan kempen mereka untuk memasukkan video pendek, secara mudah dan selamat.”
“Demografi pertama telefon pintar merentasi Asia adalah sangat kritikal untuk PepsiCo,” kata Arun Mehra, Pengarah Kanan – Perkhidmatan Pemasaran, PepsiCo. “Perkongsian di antara TikTok dan The Trade Desk menjadikannya lebih mudah dan lebih tepat untuk menjangkau kepada penonton ini. Setelah menjalani latihan di Thailand, kami ingin memperluaskan kerja kami melalui perkongsian itu di rantau itu.”
Manivannan Ramasamy, Pengarah Urusan Serantau, Mindshare, menambah, “Jenama-jenama telah menjejaki kebangkitan video-video mudah alih bentuk pendek di seluruh dunia, tetapi terutamanya di Asia. Perkongsian di antara TikTok dan The Trade Desk menyediakan satu laluan yang boleh diukur untuk melibatkan diri melalui trend ini, dan pada masa yang sama memastikan keselamatan jenama.”
Kempen-kempen yang dijalankan di Platform The Trade Desk adalah menggunakan nama samaran, yang bermaksud bahawa mereka tidak mengecam orang secara langsung. Pelanggan dan rakan adalah dilarang daripada menyediakan data peribadi ke dalam platform The Trade Desk, yang menggariskan komitmen TikTok kepada privasi. Perkongsian itu akan juga menggabungkan kepakaran di dalam kualiti tempat pasaran, menyekat tanggapan bukan manusia sebelum ia dibeli, sekali gus memastikan keselamatan jenama. Pada masa ini, perkongsian di antara The Trade Desk dan TikTok merangkumi 11 pasaran Asia Pasifik (termasuk Asia Tenggara, India, Australia dan Jepun) serta Rusia.
Maklumat mengenai The Trade Desk
The Trade Desk™ adalah sebuah syarikat teknologi yang memberikan kuasa kepada pembeli pengiklanan. Melalui platform layan diri, berasaskan awan mereka, pembeli iklan boleh membuat, mengurus dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital merentasi format dan peranti iklan. Penyepaduan dengan data utama, inventori, dan rakan-rakan penerbit memastikan jangkauan maksimum dan keupayaan membuat keputusan, dan API perusahaan membolehkan pembangunan khusus di atas platform itu. Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari thetradedesk.com atau ikuti kami di Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube.
Maklumat mengenai TikTok
TikTok adalah destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan membawa kegembiraan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk Los Angeles, Lembah Silikon, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul, dan Tokyo. www.tiktok.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005437/en/
Hubungi
John Mandeville
PR@thetradedesk.com
Sumber : The Trade Desk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment