Sistem ACCC InfoCore™ mengurangkan risiko pemasangan konduktor dunia sebenar yang dialami oleh utiliti, kontraktor dan tukang talian di seluruh dunia. Profesional yang berdedikasi ini tahu bahawa walaupun dengan peralatan, kelengkapan dan keadaan lapangan yang terbaik, kemalangan masih boleh berlaku. Dengan menggunakan sebuah sistem cahaya inframerah proprietari, gentian khas di dalam teras itu, dan sebuah metodologi rakaman data yang mantap, Sistem InfoCore dapat mengesahkan integriti pasca cantuman bagi konduktor dalam tempoh masa beberapa minit. Keupayaan ini adalah unik dan bernilai kepada utiliti dan kontraktor disebabkan oleh keyakinan tambahan yang ia sediakan.
“CTC Global dan rakan-rakan pengeluar mereka telah menyokong pemasangan bagi kira-kira 100,000 kilometer bagi ACCC Konduktor di lebih 750 projek, bagi lebih daripada 250 utiliti di lebih 50 buah negara dan di hampir setiap jenis rupa bumi dan ekosistem yang dibayangkan. Pengalaman yang besar ini telah mengajar kami mengenai dua perkara – Pertama, ACCC Konduktor adalah mudah untuk dipasang dengan peralatan yang sesuai dan menggunakan garis panduan pengendalian yang mudah. Dan kedua, dunia sebenar adalah sebuah tempat yang kasar bagi setiap produk dan projek yang dibentuk,” kata J.D. Sitton, Ketua Pegawai Eksekutif CTC Global. Beliau meneruskan: “Pengguna utiliti CTC Global telah meminta satu kaedah yang pantas, tepat dan mudah untuk digunakan bagi mengesahkan integriti pasca pemasangan bagi pemasangan ACCC Konduktor mereka. Sistem InfoCore itu melakukannya dengan sangat berkesan.”
Anne McDowell, Naib Presiden, Operasi Komersial untuk CTC menambah: “Pasukan kami telah bekerjasama rapat dengan rakan-rakan pembuatan CTC dan utiliti utama untuk membangun, menguji dan mengoptimumkan Sistem InfoCore.” Beliau seterusnya berkata: “Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pengerahan komersial berskala lengkap yang pertama bagi ACCC InfoCore Konduktor bagi Elia, pada sebuah talian 66 kV yang dipertingkatkan berhampiran Mons, Belgium. Talian yang dinaik taraf itu bertindak sebagai sebuah pusat data baharu yang penting di rantau itu. Sistem InfoCore telah melebihi semua jangkaan.”
Maklumat mengenai CTC Global:
CTC Global adalah pemaju, pemasar dan pengeluar milik persendirian bagi teras komposit gentian karbon yang dipatenkan yang digunakan di dalam ACCC® Konduktor yang berprestasi tinggi, penyelesaian talian kuasa bervoltan tinggi. CTC Global memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat utiliti dan perindustrian di seluruh pelusuk dunia dan telah menyediakan ACCC Core yang digunakan di lebih 750 projek ACCC Konduktor yang mewakili hampir 100,000 kilometer bagi konduktor overhed berprestasi tinggi dan cekap tenaga di dalam perkhidmatan hari ini. CTC Global beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ctcglobal.com
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13197
No comments:
Post a Comment