Friday, March 6, 2020

MOORE NANOTECHNOLOGY MENGUMUMKAN PEMBUKAAN PUSAT TEKNOLOGI SHANGHAI

SWANZEY, N.H., 5 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Moore Nanotechnology Systems (“Nanotech”), pembekal global terkemuka untuk sistem pemesinan berketepatan tinggi dan DKSH, iaitu Kumpulan Perkhidmatan Pengembangan Pasaran di negara China, mengumumkan pembukaan besar-besaran untuk pusat demonstrasi, latihan dan penggunaan Pemesinan Berketepatan Tinggi (UPM) mereka di Daerah Minhang di Shanghai, China.

Kemudahan berukuran 350 m2 itu akan memberikan akses kepada pelanggan Nanotech untuk bilik darjah dan demonstrasi amali bagi model 250UPLV2 , mesin larik pemutar berlian, yang digunakan untuk penghasilan kanta optik sfera dan bukan sfera, pin acuan, cermin, optik bentuk bebas dan komponen mekanikal berketepatan tinggi yang lain.  Di samping pemutaran berlian titik tunggal, pusat itu juga akan menawarkan akses kepada peralatan metrologi yang berkaitan, Kejuruteraan Aplikasi dan sokongan perisian NanoCAM®4 dalam bentuk latihan, persidangan dan mesyuarat secara persendirian.

Scott Gerhart, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran untuk Nanotech berkata, “Nanotech terus melihat perkembangan kukuh di seluruh Asia, untuk merangkumi penggunaan yang khusus kepada modul kamera, produk elektronik pengguna dan segmen automotif. Inilah masa yang wajar untuk menyertai rakan serantau kami DKSH dan menunjukkan komitmen kami kepada pelanggan menerusi pusat yang canggih ini.”  Kata Encik Gerhart lagi, “Kemudahan seperti ini hanya akan bermanfaat jika terdapat sokongan padu daripada orang dalam, oleh itu kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Dr David Robinson dalam Pasukan Nanotech.  Tempoh bertugas Dr Robinson yang panjang sebagai Pengarah Bersekutu untuk Optik Berketepatan di Universiti Durham di UK, serta reputasinya yang hebat sebagai perintis dalam pemutaran berlian, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengetuai aktiviti aplikasi ini sambil bekerja bersama-sama DKSH.”

Oliver Hammel, Pengarah Urusan DKSH Technology Systems China menambah, “Pelaburan kami dalam kemudahan bertaraf dunia ini menunjukkan betapa komitednya kami untuk membangunkan kehadiran jenama bagi rakan kongsi penting kami di China. DKSH kini mampu menyediakan perkhidmatan kejuruteraan penyelesaian yang terbaik dan juga potongan ujian pemutaran berlian, di tapak di China.  Kami amat berbesar hati untuk meningkatkan perkongsian Nanotech dalam ruangan pengguna dan optik automotif yang pesat berkembang ini.”

Mark Boomgarden, Presiden dan CEO Nanotech berkongsi, “Nanotech telah menyaksikan pertumbuhan signifikan di seluruh dunia dengan permintaan sistem optik berprestasi tinggi yang terus meluas. Aplikasi bertaraf dunia dan kepakaran latihan yang lebih serupa dengan kemudahan reka bentuk dan pengeluaran pelanggan Asia kami akan membolehkan kami menunjukkan peralatan dan perisian NanoCAM4 kami yang terkemuka di pasaran secara lebih baik dalam masa nyata. DKSH berkongsi visi bersama-sama kami untuk menjadi nama pertama yang dipertimbangkan oleh pelanggan semasa membeli peralatan pemesinan berketepatan tinggi dan ini hanyalah satu lagi langkah yang Nanotech sedang ambil untuk berkongsi komitmen kami terhadap industri.”

Moore Nanotechnology Systems (Nanotech) diasaskan di Keene, NH pada tahun 1997 sebagai anak syarikat kendiri Moore Tool Company. Nanotech ialah syarikat terkemuka dunia dalam reka bentuk, pembangunan dan pembuatan alat mesin berketepatan tinggi dan proses berkaitan yang canggih (pemutaran berlian titik tunggal, pengisaran mikro, pencanaian mikro dan pembentukan penekan kaca) untuk penghasilan komponen optik canggih dalam sektor elektronik pengguna, pertahanan, aeroangkasa, pencahayaan, perubatan dan automotif. Moore Tool, diasaskan pada tahun 1924 dan bertempat di Bridgeport, Connecticut, mempunyai sejarah yang lama dalam pasaran alat mesin berketepatan dan berketepatan tinggi. Kini, Moore Tool menyediakan barisan lengkap untuk pencanai jig CNC berprestasi tinggi dan juga perkhidmatan kontrak pengilangan berketepatan yang mematuhi kedua-dua ISO 9001:2008 dan AS9100C. Moore Nanotechnology dan Moore Tool ialah syarikat bersepadu dalam Kumpulan PMT.

Moore Nanotechnology Systems: www.nanotechsys.com
Moore Tool, Inc: www.mooretool.com 

DKSH ialah penyedia Perkhidmatan Peluasan Pasaran yang terkemuka dengan tumpuan di Asia. Kumpulan itu membantu syarikat berkembang merentasi Unit Perniagaan Perubatan, Barangan Pengguna, Teknologi dan Bahan Prestasi. Portfolio perkhidmatan ini merangkumi penyumberan, wawasan pasaran, pemasaran dan jualan, e-dagang, pengagihan dan logistik serta perkhidmatan selepas jualan. Tersenarai sebagai syarikat awam di SIX Swiss Exhange, Kumpulan itu beroperasi di 36 pasaran dengan 33,350 pakar, menjana jualan bersih sebanyak CHF 11.6 bilion pada tahun 2019. Dengan sejarahnya di negara Swiss, DKSH telah lama bertapak di Asia Pasifik sejak tahun 1865. Teknologi Unit Perniagaan DKSH menawarkan penyelesaian lengkap untuk aplikasi industri yang khusus. Dengan 1,670 pakar, Unit Perniagaan telah menjana jualan bersih sebanyak CHF 431.9 juta pada tahun 2019. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...