Thursday, March 5, 2020

BLUJAY SOLUTIONS MEMPEROLEHI PEMBEKAL TEKNOLOGI KASTAM DAN PENGHANTARAN AUSTRALIA EXPEDIENT SOFTWARE

MELBOURNE, Australia, 2 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BluJay Solutions, sebuah pembekal dunia bagi aplikasi rantaian bekalan, rangkaian, dan penyelesaian data, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Expedient Software. Expedient adalah sebuah pembekal utama bagi perisian kastam dan penghantaran untuk pasaran logistik di Australia dan New Zealand. Dengan pemerolehan itu, BluJay memperluaskan penawaran teknologi kastam dan penghantaran mereka, serta kehadiran mereka di rantau Asia Pasifik.

“Kami terus melabur secara strategik di dalam teknologi yang membolehkan rantaian pembekalan tak bergeseran untuk pelanggan kami. Sebagai sebuah pemain utama di dalam pasaran kastam dan penghantaran Australia, Expedient membawa teknologi yang sangat melengkapi kepada portfolio BluJay, bersama-sama dengan sebuah pasukan yang berpengetahuan untuk meningkatkan kehadiran dan kepakaran kami di pasaran Asia Pasifik,” kata Andrew Kirkwood, Ketua Pegawai Eksekutif bagi BluJay Solutions. “Kami gembira untuk mengalu-alukan pasukan dan pangkalan pelanggan Expedient Software ke BluJay.”

Scott Craven, Pengarah Urusan Expedient Software menambah, “Sebagai sebahagian daripada BluJay, kami akan terus menyediakan perisian yang cekap untuk pelanggan kami sambil mendapatkan kekuatan bagi sebuah syarikat global. Pelanggan kami akan mendapat manfaat daripada satu kehadiran yang diperluaskan di Australia, New Zealand, dan di seluruh rantau itu, ditambah dengan sokongan dan komuniti infrastruktur yang bertaraf dunia, untuk memberi khidmat terbaik kepada keperluan mereka. Kami teruja mengenai masa hadapan dengan BluJay.”

Expedient beribu pejabat di Melbourne, Australia, dan dianggap di kalangan pelanggan mereka sebagai syarikat logistik multinasional, kurier yang utama, dan penghantar barang pasaran pertengahan di rantau itu. Hari ke hari, pelanggan tidak akan mengalami sebarang perubahan. Syarikat itu akan berintegrasi dengan pasukan BluJay global, yang mempunyai pejabat Asia Pasifik di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, China, dan India.

“Rantau ini, Australia dan New Zealand khususnya, mewakili satu pasaran yang signifikan untuk perdagangan global,” kata Doug Surrett, Ketua Pegawai Strategi di BluJay Solutions. “Berganding tenaga dengan Expedient tidak hanya memperluaskan hubungan kastam kami di negara-negara ini tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat multinasional dan penghantar domestik di rantau ini.”

Expedient Software telah beroperasi selama 30 tahun. Syarikat itu merupakan pembekal perisian logistik yang pertama di Australia untuk menyediakan satu penyelesaian berasaskan awan. Expedient menawarkan beberapa modul termasuk perisian pelepasan kastam dan penghantaran, dengan pengurusan pengangkutan dan kontena, aliran kerja, dan fungsi menjejaki dan mengesan.

Maklumat mengenai BluJay Solutions

BluJay Solutions  membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia mencapai kecemerlangan di dalam logistik dan pematuhan perdagangan – ia adalah dalam DNA kami. Melalui gabungan Data, Rangkaian, dan Aplikasi, yang disampaikan di dalam BluJay Way, platform DNA kami menjanakan Rantaian Pembekalan Tak Bergeseran untuk beribu-ribu pengeluar, peruncit, pengedar, penghantar barang, broker kastam, pembawa, dan penyedia perkhidmatan logistik yang terkemuka di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: www.blujaysolutions.com, atau ikuti kami di Twitter @myblujay dan LinkedIn.
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200301005024/en/



Hubungi

Martha de Labbey, +1 781-418-2400
blujayus@teamlewis.com

Sumber : BluJay Solutions

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...