Friday, March 27, 2020

MARY KAY MENGHASILKAN, MENYUMBANG CECAIR PENSANITASI TANGAN UNTUK MEMERANGI PANDEMIK COVID-19


Table

David Holl, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan mendedikasikan sebahagian daripada rantaian bekalan global dan keupayaan pembuatan mereka untuk menghasilkan cecair pensanitasi tangan yang sangat diperlukan. Produk pertama yang dihasilkan akan disumbangkan kepada mereka yang berada di barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19 itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200326005766/en/

“Walaupun kita sedang menghadapi cabaran yang luar biasa semasa pandemik global COVID-19 itu, dunia sedang mencari jalan untuk menyesuaikan diri — dengan amaran yang sedikit atau tanpa amaran langsung,” kata David Holl, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di Mary Kay Inc. “Menghasilkan cecair pensanitasi tangan untuk memerangi krisis ini adalah cara bagaimana kami dapat menyokong mereka di barisan hadapan.”

Pusat-pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan penggunaan cecair pensanitasi tangan yang berasaskan alkohol untuk mencegah jangkitan. Akan tetapi disebabkan oleh permintaan pengguna, terdapat kekurangan yang besar dalam pensanitasi tangan yang disyorkan oleh CDC di rumah-rumah dan pusat penjagaan kesihatan.

Mary Kay telah berusaha sepanjang minggu lalu untuk bergerak ke dalam pengeluaran dengan mendapatkan bahan mentah, menentukan ketersediaan pembungkusan, menyediakan talian pengeluaran pembuatan dan memastikan penghantaran.

Kumpulan pertama bagi produk cecair pensanitasi tangan akan didermakan kepada Yayasan Baylor Scott & White Dallas. Baylor Scott & White adalah sistem penjagaan kesihatan tidak mencari keuntungan terbesar di Texas dan satu daripada yang terbesar di Amerika Syarikat. Ia termasuk 52 buah hospital, lebih daripada 800 tapak penjagaan pesakit, 7,500 doktor yang aktif dan lebih 47,000 orang kakitangan.

“Sepanjang masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, pasukan perubatan kami yang berdedikasi terus berkhidmat dengan penuh setia melayani mereka yang paling memerlukan kami,” kata Kristi Sherrill Hoyl, Ketua Pegawai Dasar & Komuniti di Baylor Scott & White Health. “Kami berasa rendah hati dengan kemurahan hati dan inovasi Mary Kay dalam menghasilkan sebuah aset yang kritikal untuk pesakit dan kakitangan kami. Ia memberi inspirasi untuk bekerjasama dengan organisasi di dalam komuniti kami yang mempunyai aspirasi yang kuat untuk melakukan satu kelainan.”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk kaum wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Baylor Scott & White Health

Sebagai sistem kesihatan tidak mencari keuntungan yang terbesar di negeri Texas, Baylor Scott & White Health menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan bagi setiap individu, keluarga dan masyarakat tempat mereka menawarkan perkhidmatan. Satu rangkaian penghantaran penjagaan bersepadu, sistem itu termasuk Rancangan Kesihatan Scott and White, Institut Penyelidikan Baylor Scott & White dan Baylor Scott & White Quality Alliance. Melalui 52 buah hospital dan lebih daripada 1,000 pusat akses termasuk pusat-pusat perubatan akademik utama di Dallas dan Temple, sistem itu menawarkan kontinum penjagaan yang sepenuhnya, dari penjagaan khusus utama sehingga kepada penjagaan yang memenangi anugerah, di seluruh Texas, dan melalui titik sentuhan maya. Sekiranya kawasan perkhidmatan mereka adalah sebuah negeri, ia akan menjadi kelapan terbesar, memberikan penjagaan kepada satu populasi yang lebih besar dari negeri Georgia. Ditubuhkan sebagai sebuah pusat Kristian untuk penyembuhan, Baylor Scott & White berbangga untuk menghormati legasi mereka selama satu abad melalui komitmen mereka untuk meningkatkan aksesibiliti, kemampuan dan pengalaman pelanggan untuk semua. Untuk maklumat lanjut, sila layari BSWHealth.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200326005766/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...