NEW YORK, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini Dataiku, AI Perusahaan dan platform pembelajaran mesin yang terkemuka, mengumumkan pengeluaran Dataiku 7, yang membawa penyepaduan yang lebih mendalam bagi kalangan profesional data teknikal untuk mengendalikan pembangunan projek pembelajaran mesin dan penjelasan peringkat barisan bagi AI kotak putih. Ciri-ciri tambahan menyorotkan dengan pengeluaran terbaru ini termasuk aplikasi web yang dikuasakan oleh Kubernetes untuk mengembangkan keupayaan yang diperkenalkan di dalam Dataiku 6 dan sebuah plugin pelabelan data yang dibantu oleh pembelajaran mesin.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200318005008/en/
“Kerjasama telah menjadi teras bagi Dataiku sejak penubuhan kami pada tahun 2013, dan dengan Dataiku 7, kami terus menambahkan ciri-ciri yang mendalamkan falsafah kami untuk mendemokrasikan AI secara berkesan di dalam perusahaan itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku, Florian Douetteau. “Dengan pelancaran ini, Dataiku 7 adalah pengeluaran produk kedua berturut-turut kami yang memperluaskan ciri-ciri untuk AI yang boleh diperjelaskan, satu komponen kritikal bagi organisasi merentasi industri untuk berjaya dan memahami impak bagi hasil model AI mereka.”
Organisasi di seluruh dunia adalah komited kepada usaha AI perusahaan dari atas ke bawah, tetapi perjuangan untuk mendemokrasikan projek-projek dari bawah ke atas untuk memberikan lebih banyak akses secara individu kepada wawasan data yang boleh diambil tindakan. Dataiku 7 membawa lebih banyak orang ke meja melalui kerjasama dan memberi kuasa kepada individu dengan AI yang diperjelaskan bagi perniagaan untuk menggunakan data bagi keputusan hari ke hari dan membina projek-projek AI yang memberi impak.
Dengan pelancaran Dataiku 7, ciri-ciri baharu termasuk:
Sokongan untuk Analisis Statistik Lanjutan: Ahli statistik kini boleh menggunakan Dataiku untuk melakukan analisis statistik lanjutan di dalam format lembaran kerja dan kad yang biasa ketika bekerjasama dengan pasukan data atau analisis yang lebih luas. Pada masa lampau, ahli statistik lanjutan telah diturunkan kepada alat silo dengan tanpa kebolehlihatan bagi ahli bukan statistik, sekali gus mewujudkan cerutan di dalam tadbir urus dan penempatan projek AI.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13206
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment