Tuesday, March 3, 2020

TAKEDA MELENGKAPKAN PENJUALAN ASET OTC DAN BUKAN TERAS TERPILIH KEPADA ACINO

OSAKA, Jepun, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Takeda Pharmaceutical Company Limited (TSE:4502/NYSE:TAK) (“Takeda”) hari ini mengumumkan penyelesaian bagi penjualan mereka yang diumumkan sebelum ini bagi sebuah portfolio bagi aset farmaseutikal di atas kaunter (OTC) dan preskripsi terpilih dalam beberapa negara Timur Dekat, Timur Tengah dan Afrika di dalam Unit Perniagaan Pasaran Pertumbuhan dan Baru Muncul (GEM BU) mereka kepada Acino untuk nilai keseluruhan melebihi USD $200 juta. Perjanjian nyahlabur itu telah kali pertama diumumkan pada Oktober 2019.

Urus niaga itu merangkumi kira-kira 30 produk farmaseutikal OTC dan preskripsi yang terpilih. Produk-produk ini akan terus disediakan oleh Takeda di bahagian lain di dunia. Hampir 270 orang pekerja, terutamanya profesional jualan dan pemasaran yang menyokong portfolio itu, juga beralih ke Acino. Pihak-pihak itu juga memasuki ke dalam perjanjian pembuatan dan pembekalan pelbagai tahun, di mana Takeda akan terus menghasilkan produk-produk itu bagi pihak Acino.

Takeda kini telah mengumumkan beberapa urus niaga sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan tahap hutang dengan menjual aset dan menumpukan kepada lima bidang perniagaan utama mereka. Di samping kepada urus niaga Acino, Takeda telah melengkapkan penjualan Xiidra® kepada Novartis sehingga USD $5.3 bilion pada Julai, mengumumkan penjualan TachoSil® kepada Ethicon untuk USD $400 juta pada Mei, dan mengumumkan penjualan aset bukan teras mereka merangkumi rantau Rusia-CIS pada November.

Takeda berhasrat untuk menggunakan hasil daripada divestitur itu untuk mengurangkan hutang dan terus mengurangkan tahap hutang mereka ke arah sasaran mereka iaitu 2x hutang bersih/EBITDA diselaraskan dalam tempoh Mac 2022 – Mac 2024. Takeda tetap komited untuk mengurangkan hutang dengan pesat yang didorong oleh aliran tunai yang mantap dan perolehan daripada divestitur, dan pada masa yang sama mempermudahkan portfolio mereka.

Maklumat mengenai Takeda Pharmaceutical Company Limited

Takeda Pharmaceutical Company Limited (TSE:4502/NYSE:TAK) adalah sebuah pemimpin  biofarmaseutikal global yang dipacu oleh R&D, berasaskan nilai yang beribu pejabat di Jepun, komited untuk membawa Kesihatan yang Lebih Baik dan sebuah Masa Depan yang Cerah kepada pesakit dengan menterjemahkan sains ke dalam ubat-ubatan yang sangat berinovatif. Takeda memberi tumpuan kepada usaha R&D mereka pada empat bidang terapeutik: Onkologi, Penyakit yang jarang ditemui, Neurosains dan Gastroenterologi (GI). Kami juga membuat pelaburan R&D yang disasarkan di dalam Terapi yang Diterbitkan daripada Plasma dan Vaksin. Kami memberi tumpuan kepada membangunkan ubat-ubatan yang sangat berinovatif yang menyumbang kepada melakukan satu perbezaan di dalam kehidupan manusia dengan memajukan perbatasan bagi pilihan rawatan baharu dan memanfaatkan enjin R&D dan keupayaan usaha sama kami yang dipertingkatkan untuk mewujudkan sebuah saluran yang kuat dan modaliti yang berbeza. Pekerja kami komited untuk meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit dan untuk bekerja dengan rakan-rakan kami dalam penjagaan kesihatan di kira-kira 80 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.takeda.com.

Notis Penting

Untuk tujuan bagi notis ini, “siaran akhbar” bermaksud dokumen ini, apa-apa pembentangan secara lisan, sebarang sesi soal jawab dan apa-apa bahan bertulis atau lisan yang dibincangkan atau diedarkan oleh Takeda Pharmaceutical Company Limited (“Takeda”) berhubung siaran ini. Siaran akhbar ini (termasuk sebarang taklimat lisan dan mana-mana soalan dan jawapan yang berkaitan dengannya) tidak bertujuan untuk, dan tidak membentuk, mewakili atau menjadi sebahagian daripada apa-apa tawaran, jemputan atau permintaan bagi mana-mana tawaran untuk membeli, jika tidak memperoleh, melanggan untuk, menukar, menjual atau sebaliknya melupuskan, mana-mana sekuriti atau permintaan bagi mana-mana undi atau kelulusan dalam mana-mana bidang kuasa. Tidak ada saham atau sekuriti lain ditawarkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar ini. Tiada tawaran sekuriti boleh dibuat di Amerika Syarikat kecuali menurut dengan pendaftaran di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933, sebagaimana yang dipinda, atau satu pengecualian daripadanya. Siaran akhbar ini diberikan (bersama-sama dengan apa-apa maklumat lanjut yang mungkin diberikan kepada penerima) dengan syarat bahawa ia hanya untuk digunakan oleh penerima bagi tujuan maklumat sahaja (dan bukan untuk penilaian bagi mana-mana pelaburan, pengambilalihan, pelupusan atau apa-apa urus niaga lain). Sebarang kegagalan untuk mematuhi sekatan ini boleh dianggap sebagai satu pelanggaran bagi undang-undang sekuriti yang berkenaan.

Syarikat itu di mana Takeda secara langsung dan tidak langsung memiliki pelaburan adalah entiti yang berasingan. Dalam siaran akhbar ini, “Takeda” kadang-kala digunakan untuk kemudahan di mana rujukan dibuat kepada Takeda dan anak syarikatnya secara umum. Begitu juga kata-kata “kami” dan “kita” juga digunakan untuk merujuk kepada anak syarikat secara umum atau kepada mereka yang bekerja untuk mereka. Ungkapan ini juga digunakan di mana tiada tujuan yang berguna digunakan dengan mengenal pasti syarikat atau syarikat-syarikat tertentu.

Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini dan apa-apa bahan yang diedarkan berhubung dengan siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, keyakinan atau pendapat berhubung perniagaan masa depan, kedudukan masa depan dan hasil operasi Takeda, termasuk anggaran, ramalan, sasaran dan rancangan untuk Takeda. Tanpa batasan, kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “sasaran”, “merancang”, “percaya”, “harapan”, “terus”, “menjangka”, “bertujuan”, “berhasrat”, “menjamin”, “akan”, “mungkin”, “harus”, “bagi”, “boleh”, “menjangkakan”, “anggaran”, “projek” atau ungkapan yang serupa atau negatif dengannya. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam dokumen ini adalah didasarkan kepada anggaran dan andaian Takeda hanya pada tarikh di sini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu tidak mewakili sebarang jaminan oleh Takeda atau pengurusan mereka berhubung prestasi masa depan dan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keadaan ekonomi yang menyelubungi perniagaan global Takeda, termasuk keadaan ekonomi umum di Jepun dan Amerika Syarikat; tekanan dan perkembangan persaingan; perubahan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan; kejayaan atau kegagalan bagi program pembangunan produk; keputusan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan dan pemasaan pelaksanaannya; turun naik dalam kadar pertukaran mata wang dan faedah; tuntutan atau kebimbangan berhubung keselamatan atau keberkesanan bagi produk atau calon produk yang dipasarkan; pemasaan dan impak bagi usaha penggabungan pasca penyatuan dengan syarikat yang diperoleh; dan keupayaan untuk melupuskan aset yang tidak menjadi teras kepada operasi Takeda dan pemasaan bagi mana-mana nyahlabur seperti itu, mana-mana yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan sebenar bagi Takeda berbeza daripada hasil, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan masa depan yang dinyatakan atau yang tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Untuk maklumat lanjut mengenai faktor-faktor ini dan faktor lain yang mungkin mempengaruhi keputusan, prestasi, pencapaian, atau kedudukan kewangan Takeda, lihat “Item 3. Maklumat Penting —D. Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Takeda yang terbaharu pada Borang 20-F dan laporan lain yang difailkan oleh Takeda dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, yang terdapat di laman web Takeda di: https://www.takeda.com/investors/reports/sec-filings/ atau di www.sec.gov. Keputusan, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan Takeda pada masa hadapan akan berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam atau yang tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Mereka yang menerima siaran akhbar ini tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Takeda tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini atau mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang boleh dibuatnya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan bursa saham. Prestasi masa lampau tidak merupakan satu petunjuk bagi keputusan masa depan dan keputusan Takeda di dalam siaran akhbar ini mungkin tidak menunjukkan, dan tidak merupakan satu anggaran, ramalan atau unjuran bagi keputusan masa depan Takeda.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200302005442/en/
 
Hubungi
Perhubungan Pelabur:
Takashi Okubo 
takeda.ir.contact@takeda.com
+81-(0)3-3278-2306

Pertanyaan Media:
Sandy Rodriguez
Ketua, Integrasi & Komunikasi Penyahlaburan
sandy.rodriguez@takeda.com 

Vince Docherty
Ketua, Komunikasi, Unit Perniagaan GEM
vince.docherty@takeda.com.

Kazumi Kobayashi (Jepun)
+81 (0)3-3278-2095
kazumi.kobayashi@takeda.com 

Sumber : Takeda Pharmaceutical Company Limited
 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...