Monday, March 9, 2020

BIOTALYS MENGUMUMKAN PENUTUPAN KEDUA BAGI PUSINGAN PEMBIAYAAN SIRI C €45 JUTA

Biotalys memungut tambahan €10 juta dengan mengalu-alukan pakar pelabur AS, Novalis LifeSciences

GHENT, Belgium, 9 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, syarikat perlindungan makanan dan tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan berasaskan protein generasi baharu, hari ini mengumumkan penutupan kedua bagi pusingan pembiayaan Siri C dengan €10 juta, dan dengan itu meningkatkan jumlah modal kepada €45 juta melalui Siri C.

Penutupan kedua pusingan Siri C disokong oleh pemegang saham semasa dan termasuk pakar pelabur baharu, Novalis LifeSciences. Novalis LifeSciences merupakan firma penyelidikan dan penasihat untuk industri sains hayat yang berpangkalan di Hampton, New Hampshire, A.S. Marijn Dekkers, bekas CEO Bayer AG dan Pengerusi Novalis LifeSciences akan menyertai Lembaga Pengarah Biotalys sebagai Pemerhati.

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...