Tuesday, March 3, 2020

TAKEDA BERSETUJU UNTUK MELUCUT HAK ASET OTC DAN BUKAN TERAS TERPILIH DI AMERIKA LATIN KEPADA HYPERA PHARMA UNTUK USD $825 JUTA

- Syarikat terus menumpukan perhatian kepada akses pesakit kepada ubat-ubatan berinovatif di Amerika Latin

- Urus niaga mempercepatkan lagi proses mengurangkan tahap hutang dengan menjual aset


OSAKA, Jepun, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Takeda Pharmaceutical Company Limited (TSE:4502/NYSE:TAK) (“Takeda”) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian untuk melucutkan hak sebuah portfolio bagi produk bukan teras terpilih secara eksklusif di Amerika Latin kepada Hypera S.A. (“Hypera Pharma”), syarikat farmaseutikal terbesar di Brazil dengan satu kedudukan terkemuka di dalam preskripsi berjenama, kesihatan pengguna dan generik berjenama, untuk nilai yang berjumlah USD $825 juta.

Portfolio itu termasuk produk farmaseutikal di atas kaunter dan preskripsi yang dijual di Brazil, Mexico, Argentina, Colombia, Ecuador, Panama dan Peru, yang merupakan sebahagian daripada Unit Perniagaan Pasaran Pertumbuhan & Baru Muncul Takeda.

“Takeda tetap benar-benar komited kepada pasaran baru muncul itu, dan Amerika Latin. Pemberhentian pelaburan ini membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada pelaburan kami di negara-negara ini yang berpusat kepada ubat-ubatan kami yang sangat berinovatif merentasi Gastroenterologi, Penyakit yang jarang ditemui, Terapi yang Diterbitkan daripada Plasma, Onkologi dan Neurosains,” kata Ricardo Marek, Presiden, Unit Perniagaan Pasaran Pertumbuhan & Baru Muncul, Takeda. “Dengan melakukannya akan membantu memenuhi keperluan pesakit yang tidak dipenuhi yang hidup dengan keadaan yang rumit dan jarang berlaku. Pada masa yang sama, kami yakin bahawa Hypera Pharma berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan kepada pesakit dengan akses yang tidak terganggu kepada produk yang akan mereka perolehi kelak.”

Ini adalah pemberhentian pelaburan kelima buat Takeda dalam tempoh 12 bulan yang lalu, dengan menyumbang kepada matlamat Syarikat itu untuk melucut hak kira-kira USD $10 bilion dalam aset yang bukan teras. Takeda berhasrat untuk menggunakan hasil daripada pemberhentian pelaburan itu untuk terus mengurangkan hutang mereka dan mempercepatkan proses mengurangkan tahap hutang dengan menjual aset ke arah sasaran mereka iaitu 2x hutang bersih/EBITDA diselaraskan dalam tempoh Mac 2022 – Mac 2024.

Takeda sebelum ini telah mengumumkan penjualan TachoSil® kepada Ethicon dengan harga USD $400 juta pada Mei 2019, Xiidra® kepada Novartis sehingga USD $5.3 bilion pada Julai 2019, aset-aset bukan teras di negara-negara yang merangkumi Timur Dekat, Timur Tengah dan Afrika kepada Acino dengan lebih USD $200 juta pada Oktober 2019, dan sebuah portfolio aset bukan teras di Rusia, Georgia, dan sejumlah negara Komanwel Negara-negara Merdeka kepada STADA untuk USD $660 juta pada November 2019.

Produk-produk bukan teras dalam urus niaga terbaharu ini telah menjanakan pendapatan kira-kira USD $215 juta dalam Tahun Fiskal 2018, dengan didorong oleh penjualan bagi produk utama seperti Neosaldina®, Nesina®, dan Dramin®.

Walaupun produk-produk yang dipercayai ini terus memainkan peranan penting di dalam memenuhi keperluan pesakit, mereka tidak berada di dalam bidang perniagaan terpilih Takeda – Gastroenterologi, Penyakit yang jarang ditemui, Terapi yang Diterbitkan daripada Plasma, Onkologi dan Neurosains – yang menjadi teras kepada strategi jangka panjang global mereka. Pemberhentian pelaburan mereka membolehkan Syarikat itu untuk memberi tumpuan lebih lanjut kepada bidang perniagaan utama mereka melalui pemudahan portfolio mereka.

“Pengumuman ini menandakan langkah terbaharu di dalam strategi Takeda untuk memperkemas dan mengoptimumkan portfolio kami dan pada masa yang sama mempercepatkan proses mengurangkan tahap hutang dengan menjual aset kami.  Dengan meneruskan tumpuan kepada bidang perniagaan utama kami dan saluran bagi ubat-ubatan yang berinovatif, kami akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah peneraju biofarmaseutikal global yang dipacu oleh R&D dan memberikan nilai yang lebih baik untuk pesakit dan pemegang saham Takeda,” kata Costa Saroukos, Ketua Pegawai Kewangan, Takeda.

Butiran Urus Niaga

Takeda telah memeterai satu perjanjian untuk melupuskan hak, hak milik, dan kepentingan kepada produk-produk di dalam satu portfolio dalam sekitar 18 aset farmaseutikal OTC dan preskripsi terpilih yang dijual di Brazil, Mexico, Argentina, Colombia, Ecuador, Panama dan Peru - kepada Hypera Pharma dengan nilai sejumlah USD $825 Juta.

Di bawah terma perjanjian itu, Takeda menjangkakan bahawa kira-kira 300 pekerja komersial yang menyokong aset lucut hak itu akan diberikan peluang untuk beralih kepada Hypera Pharma pada akhir urus niaga ini.

Takeda dan Hypera Pharma juga telah memeterai satu perjanjian pembuatan dan pembekalan di mana Takeda akan terus menghasilkan produk-produk ini dan membekalkannya kepada Hypera Pharma.

Urus niaga itu dijangka ditutup pada separuh kedua tahun 2020, tertakluk kepada kepuasan syarat-syarat penutupan yang lazim. Sehingga itu, Takeda kekal sebagai pemilik bagi produk ini dan bertanggungjawab untuk memastikan akses pesakit kepada mereka.
 
Takeda mendapat nasihat daripada BofA Securities (penasihat kewangan) dan White & Case (penasihat undang-undang) di dalam urus niaga ini.

Maklumat mengenai Takeda Pharmaceutical Company Limited

Takeda Pharmaceutical Company Limited (TSE:4502/NYSE:TAK) adalah sebuah peneraju biofarmaseutikal global yang dipacu oleh R&D, berasaskan nilai yang beribu pejabat di Jepun, komited untuk membawa Kesihatan yang Lebih Baik dan sebuah Masa Depan yang Cerah kepada pesakit dengan menterjemahkan sains ke dalam ubat-ubatan yang sangat berinovatif. Takeda memberi tumpuan kepada usaha R&D mereka pada empat bidang terapeutik: Onkologi, Penyakit yang jarang ditemui, Neurosains dan Gastroenterologi (GI). Kami juga membuat pelaburan R&D yang disasarkan di dalam Terapi yang Diterbitkan daripada Plasma dan Vaksin. Kami memberi tumpuan kepada membangunkan ubat-ubatan yang sangat berinovatif yang menyumbang kepada membuat satu perbezaan dalam kehidupan orang ramai dengan memajukan perbatasan bagi pilihan rawatan baharu dan memanfaatkan enjin R&D dan keupayaan usaha sama kami yang dipertingkatkan untuk mewujudkan sebuah saluran yang kuat dan modaliti yang berbeza. Pekerja kami komited untuk meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit dan untuk bekerja dengan rakan-rakan kami dalam penjagaan kesihatan di kira-kira 80 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.takeda.com.

Notis Penting

Untuk tujuan bagi notis ini, “siaran akhbar” bermaksud dokumen ini, apa-apa pembentangan secara lisan, sebarang sesi soal jawab dan apa-apa bahan bertulis atau lisan yang dibincangkan atau diedarkan oleh Takeda Pharmaceutical Company Limited (“Takeda”) berhubung siaran ini. Siaran akhbar ini (termasuk sebarang taklimat lisan dan mana-mana soalan dan jawapan yang berkaitan dengannya) tidak bertujuan untuk, dan tidak membentuk, mewakili atau menjadi sebahagian daripada apa-apa tawaran, jemputan atau permintaan bagi mana-mana tawaran untuk membeli, jika tidak memperoleh, melanggan untuk, menukar, menjual atau sebaliknya melupuskan, mana-mana sekuriti atau permintaan bagi mana-mana undi atau kelulusan dalam mana-mana bidang kuasa. Tidak ada saham atau sekuriti lain ditawarkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar ini. Tiada tawaran sekuriti boleh dibuat di Amerika Syarikat kecuali menurut dengan pendaftaran di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933, sebagaimana yang dipinda, atau satu pengecualian daripadanya. Siaran akhbar ini diberikan (bersama-sama dengan apa-apa maklumat lanjut yang mungkin diberikan kepada penerima) dengan syarat bahawa ia hanya untuk digunakan oleh penerima bagi tujuan maklumat sahaja (dan bukan untuk penilaian bagi mana-mana pelaburan, pengambilalihan, pelupusan atau apa-apa urus niaga lain). Sebarang kegagalan untuk mematuhi sekatan ini boleh dianggap sebagai satu pelanggaran bagi undang-undang sekuriti yang berkenaan.

Syarikat itu di mana Takeda secara langsung dan tidak langsung memiliki pelaburan adalah entiti yang berasingan. Dalam siaran akhbar ini, “Takeda” kadang-kala digunakan untuk kemudahan di mana rujukan dibuat kepada Takeda dan anak syarikatnya secara umum. Begitu juga kata-kata “kami” dan “kita” juga digunakan untuk merujuk kepada anak syarikat secara umum atau kepada mereka yang bekerja untuk mereka. Ungkapan ini juga digunakan di mana tiada tujuan yang berguna digunakan dengan mengenal pasti syarikat atau syarikat-syarikat tertentu.

Kenyataan Yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini dan apa-apa bahan yang diedarkan berhubung dengan siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, keyakinan atau pendapat berhubung perniagaan masa depan, kedudukan masa depan dan hasil operasi Takeda, termasuk anggaran, ramalan, sasaran dan rancangan untuk Takeda. Tanpa batasan, kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “sasaran”, “merancang”, “percaya”, “harapan”, “terus”, “menjangka”, “bertujuan”, “berhasrat”, “menjamin”, “akan”, “mungkin”, “harus”, “bagi”, “boleh”, “menjangkakan”, “anggaran”, “projek” atau ungkapan yang serupa atau negatif dengannya. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam dokumen ini adalah didasarkan kepada anggaran dan andaian Takeda hanya pada tarikh di sini. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu tidak mewakili sebarang jaminan oleh Takeda atau pengurusan mereka berhubung prestasi masa depan dan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keadaan ekonomi yang menyelubungi perniagaan global Takeda, termasuk keadaan ekonomi umum di Jepun dan Amerika Syarikat; tekanan dan perkembangan persaingan; perubahan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan; kejayaan atau kegagalan bagi program pembangunan produk; keputusan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan dan pemasaan pelaksanaannya; turun naik dalam kadar pertukaran mata wang dan faedah; tuntutan atau kebimbangan berhubung keselamatan atau keberkesanan bagi produk atau calon produk yang dipasarkan; pemasaan dan impak bagi usaha penggabungan pasca penyatuan dengan syarikat yang diperoleh; dan keupayaan untuk melupuskan aset yang tidak menjadi teras kepada operasi Takeda dan pemasaan bagi mana-mana nyahlabur seperti itu, mana-mana yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan sebenar bagi Takeda berbeza daripada hasil, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan masa depan yang dinyatakan atau yang tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Untuk maklumat lanjut mengenai faktor-faktor ini dan faktor lain yang mungkin mempengaruhi keputusan, prestasi, pencapaian, atau kedudukan kewangan Takeda, lihat “Item 3. Maklumat Penting —D. Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Takeda yang terbaharu pada Borang 20-F dan laporan lain yang difailkan oleh Takeda dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, yang terdapat di laman web Takeda di: https://www.takeda.com/investors/reports/sec-filings/ atau di www.sec.gov. Keputusan, prestasi, pencapaian atau kedudukan kewangan Takeda pada masa hadapan akan berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam atau yang tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Mereka yang menerima siaran akhbar ini tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Takeda tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini atau mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang boleh dibuatnya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan bursa saham. Prestasi masa lampau tidak merupakan satu petunjuk bagi keputusan masa depan dan keputusan Takeda di dalam siaran akhbar ini mungkin tidak menunjukkan, dan tidak merupakan satu anggaran, ramalan atau unjuran bagi keputusan masa depan Takeda.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200302005426/en/

Hubungi

Hubungan Perhubungan Pelabur:
Takashi Okubo 
+81-(0)3-3278-2306
takeda.ir.contact@takeda.com

Pertanyaan Media:
Sandy Rodriguez
Ketua, Integrasi & Komunikasi Penyahlaburan
sandy.rodriguez@takeda.com 

Vince Docherty
Ketua, Komunikasi, Unit Perniagaan GEM
vince.docherty@takeda.com.

Kazumi Kobayashi (Jepun)
+81 (0)3-3278-2095
kazumi.kobayashi@takeda.com 

Sumber : Takeda Pharmaceutical Company Limited

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...