Tuesday, March 31, 2020
HANYA DUA PERTIGA NILAI EKSPORT BAGI TEKSTIL DAN PAKAIAN DARI ASEAN MERUPAKAN KDNK MEREKA SENDIRI - KATA PUSAT ASEAN-JEPUN
“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Tekstil dan Pakaian” dikeluarkan oleh AJC (Grafik: Business Wire)
TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tekstil dan pakaian1 adalah industri-industri arketip di mana negara anggota ASEAN mencapai perindustrian dan pengintegrasian ke dalam ekonomi global, demikian menurut Rantaian Nilai Global di ASEAN: Tekstil dan Pakaian (https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper14/) yang diterbitkan oleh Pusat ASEAN-Jepun.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200331005288/en/
Adalah penting untuk mengiktiraf perubahan intra-industri yang signifikan dari segi sifat-sifat teknologi dan keamatan faktor. Bagi ASEAN, yang paling bertenaga adalah pakaian, yang sering menjadi satu pengeksport utama, dengan menghasilkan peluang pekerjaan yang signifikan. Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Viet Nam adalah merupakan pengeksport utama bagi pakaian dunia. Tekstil, sebaliknya, memainkan satu peranan yang kurang penting di dalam struktur eksport keseluruhannya disebabkan oleh teknologi dan keamatan modal mereka.
Dalam industri pakaian, negara-negara ASEAN yang berpendapatan lebih rendah cenderung untuk mengkhususkan diri di dalam kegiatan berintensifkan buruh seperti operasi memotong, membuat dan merapikan. Sebaliknya, proses yang berintensifkan pengetahuan seperti reka bentuk dan pemasaran tertumpu kepada ekonomi yang lebih maju di rantau itu.
Pada tahun 2017, nilai tambah domestik di dalam eksport bagi tekstil, pakaian dan kulit (TCL) di ASEAN adalah kira-kira $51 bilion, atau 68 peratus daripada jumlah eksport, yang menjadi sebahagian daripada KDNK ASEAN, manakala nilai tambah asing adalah bakinya iaitu kira-kira $24 bilion, atau 32 peratus.
Peningkatan proses dan produk berlaku terutamanya melalui pemindahan teknologi dari syarikat-syarikat utama (pembeli) di dalam rantaian nilai global. Walau bagaimanapun, peningkatan fungsi lazimnya dicapai melalui pasaran tempatan dan serantau.
Kegagalan untuk merealisasikan peningkatan fungsian akan menyebabkan perusahaan di dalam industri ini tidak mempunyai pilihan selain menggunakan strategi “berlumba hingga ke bawah”. Di peringkat makro, kegagalan ini adalah di antara punca bagi “perangkap pendapatan pertengahan.” Pasaran tempatan dan serantau adalah kunci untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku dan bagi mencapai pembangunan perindustrian yang mapan.
Dasar-dasar untuk menggalakkan industri TCL di ASEAN perlu berhati-hati dalam mengambil kira perbezaan bagi setiap negara anggota, terutamanya yang berkaitan dengan dinamik kelebihan bandingan antarabangsa, yang sebahagian besarnya berpunca daripada perbezaan di dalam bidang teknologi dan penganugerahan sumber. Menggalakkan pengintegrasian serantau selanjutnya akan memperluas dan memperdalamkan rangkaian pengeluaran dan pengedaran antara rantau. Untuk menggalakkan keterangkuman, usaha untuk meningkatkan kemahiran bagi tenaga kerja akan menjadi penting. Pemfokusan semula pasaran serantau ASEAN akan membuahkan hasil bagi peningkatan industri yang mapan.
1 Industri ini sering termasuk “kulit.” Oleh itu, data statistik mengenai tekstil dan pakaian merujuk kepada tekstil, pakaian dan kulit.
˂˂ASEAN-Japan Centre˃˃
Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah menggalakkan eksport dari ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan semula pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.
URL: https://www.asean.or.jp/en/
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200331005288/en/
Hubungi
Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Sumber : Pusat ASEAN-Jepun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment