Perutusan dari Hideki Tomita, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Hari ini kita menghadapi satu krisis ketika penyebaran koronavirus mewujudkan suatu iklim ketakutan di seluruh pelusuk dunia.
Kita semua bimbang terhadap orang yang kita sayangi, rakan-rakan kita, rakan sekelas kita dan rakan sekerja kita. Kami telah menghabiskan banyak masa dalam membincangkan apa yang boleh dilakukan oleh DIP di dalam keadaan ini.
Sememangnya kami telah mengambil langkah-langkah yang berhemat untuk mengelakkan penularan, dengan menggalakkan protokol bekerja jarak jauh, mengamalkan penjadualan kerja waktu anjal, menyekat pekerja kami daripada menggunakan kereta api yang penuh sesak atau berkumpul dalam kumpulan besar, dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi, kami telah mula menawarkan pameran kerja percuma di laman pengambilan kami untuk pelanggan yang memerlukan penggantian jangka pendek bagi pekerja mereka sekarang yang dikehendaki tinggal di rumah dengan anak-anak akibat pembatalan kelas dan aktiviti di semua sekolah awam.
Namun kami merasakan kami perlu melakukan lebih banyak lagi.
Menyedari bahawa banyak pengguna kami adalah pekerja sambilan atau kontrak saya memahami sepenuhnya bahawa mereka tidak menikmati faedah seperti cuti berbayar atau elaun cuti yang melindungi pekerja tetap. Walaupun agak tidak menyenangkan, kita harus mengakui kemungkinan bahawa sesetengah daripada pengguna ini mungkin dijangkiti dengan penyakit yang berkaitan koronavirus dan menghadapi tekanan kewangan yang serius akibat kehilangan pendapatan. Ini, selain daripada tekanan yang disebabkan oleh masalah kesihatan mereka.
Di bawah keadaan ini, kami fikir kami dapat mengurangkan sebahagian daripada kebimbangan di kalangan pengguna kami dengan menawarkan pampasan bantuan kepada mereka yang tidak dilindungi oleh jaring keselamatan yang tersedia kepada pekerja biasa.
Seterusnya, kami mengumumkan hari ini satu program pampasan bantuan sementara bagi pengguna sambilan dan kontrak kami yang mungkin jatuh sakit akibat daripada koronavirus. DIP akan menawarkan pampasan bantuan untuk satu tempoh sehingga satu setengah bulan kepada pengguna yang memperolehi pekerjaan melalui Baitoru, Baitoru NEXT atau Hatarako.net di antara 1 Mac, 2017 dan sekarang, jika mereka tidak dapat bekerja akibat penyakit yang berkaitan koronavirus.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13170
No comments:
Post a Comment