Thursday, March 5, 2020

ADVANTEST MENGANJURKAN PAMERAN DAGANGAN MAYA PADA 10-11 MAC UNTUK MENERUSKAN ALIRAN MAKLUMAT PENGUJIAN IC WALAUPUN DILANDA SITUASI CORONAVIRUS

Acara Dalam Talian Bakal Mempamerkan Kemajuan Pengujian Semikonduktor Terbaru dan Ramalan Pasaran oleh Advantest dan Penceramah SEMI

TOKYO, 4 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pembekal peralatan ujian semikonduktor terkemuka Advantest Corporation (TSE: 6857) akan menganjurkan pameran dagangan maya pada 10-11 Mac untuk berkongsi data teknikal dan pasaran yang berharga dengan pelanggannya di seluruh dunia tanpa mengambil risiko mendedahkan para hadirin kepada kemungkinan dijangkiti penyakit Coronavirus (COVID-19).

Menggunakan persidangan web, pakar teknikal daripada Advantest akan membentangkan teknologi pengujian semikonduktor terbaru dan amalan terbaik dan juga berinteraksi dengan rakan kongsi strategik, pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi.  Di samping itu, forum dalam talian itu akan menampilkan ceramah berkenaan keadaan industri dan ramalan pasaran daripada dua eksekutif kanan SEMI, iaitu organisasi industri global yang mewakili rantaian bekalan pembuatan bahan elektronik.

“Kami telah membangunkan pameran dagangan maya ini untuk mempromosikan kesedaran kepada penyelesaian ujian semikonduktor yang paling canggih pada hari ini walaupun banyak pameran dagangan dan persidangan industri dibatalkan akibat wabak Coronavirus yang tragik,” kata Judy Davies, naib presiden komunikasi pemasaran global Advantest.  “Dalam usaha kami untuk menyokong pelanggan dengan berkongsi maklumat yang tepat pada waktunya dan relevan menerusi acara antarabangsa, SEMI seharusnya turut serta dan menyediakan wawasan mereka juga.”

“SEMI berbesar hati untuk menyertai pameran dagangan maya ini dengan Advantest yang beralih kepada komunikasi dalam talian untuk memastikan keselamatan para hadirin dan mengekalkan aliran bebas untuk maklumat berfaedah menerusi wawasan industri yang utama kepada ahli kami di seluruh dunia,” kata Ajit Manocha, presiden dan CEO SEMI.

Pada 10 dan 11 Mac, pameran dagangan maya inovatif Advantest akan memaparkan pertunjukan oleh barisan sembilan penceramah antarabangsa yang akan berkongsi wawasan kepakaran mereka dalam pelbagai bahasa.  Untuk mempromosikan penggunaan maklumat dibentangkan yang paling meluas, sesi akan dibentangkan dalam bahasa Inggeris, Cina Mandarin dan Korea.

Setiap sesi akan menjadi interaktif, memberi penonton peluang untuk bertanya soalan.  Semua sesi akan dirakam dan dimuat naik dalam talian untuk rujukan berterusan berikutan acara dua hari tersebut.

Agenda pameran dagangan tersebut adalah seperti berikut:

Selasa, 10 Mac
8:00 pagi Waktu Siang Pasifik (PDT)
Pengujian Peranti 5G NR Kendiri (SA) & Bukan Kendiri (NSA): MIMO dan Pengagregatan Pembawa (dalam bahasa Inggeris)
Dinesh Doshi, Presiden, W2BI, sebuah Syarikat Kumpulan Advantest

5:00 petang PDT
Alu-aluan dan Taklimat Keseluruhan (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

5:30 petang PDT
Kemas kini SEMI (dalam bahasa Inggeris)
Ajit Manocha, Presiden dan CEO, SEMI

6:00 petang PDT
Ramalan Pasaran SEMI:  Pelaburan Fab, Pasaran Peralatan/Bahan dan Rantai Bekalan Asia Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Clark Tseng, Pengarah Penyelidikan dan Statistik Industri, SEMI

6:30 petang PDT
Cabaran Ujian Semikonduktor 5G NR (dalam bahasa Inggeris)
Sungjong Park, Jurutera/Pengurus Ujian RF, Advantest Korea

7:00 petang PDT
Pengurusan Sel Ujian untuk Mendayakan Pembuatan Pintar (dalam bahasa Inggeris)
Kyoungyong Kang, Ketua Pasukan SoC UI, Advantest Korea

7:30 petang PDT
Memandu ke Arah Kesempurnaan: Mencari Penyelesaian Ujian Optimum untuk IC Automotif Generasi Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Masashi Nagai, Pengarah Eksekutif Kanan, Kumpulan Perancangan Strategik, Advantest Korea

8:00 malam PDT
Penyelesaian Kos Rendah untuk SerDes Berkelajuan Ultra Tinggi kepada Ujian Komunikasi RF Menerusi FPGA Dalam Kenderaan (dalam bahasa Inggeris)
Tang Mingjie, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:15 malam PDT
Rangka Kerja Pemprograman dalam Ujian Serentak terhadap SmarTest 7 untuk IP yang Berkongsi Port Akses Sama (dalam bahasa Inggeris)
Tianyu Zhang, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:30 malam PDT
Ucapan Penutup (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

Rabu, 11 Mac
6:00 petang PDT
Aluan-aluan dan Taklimat Keseluruhan (dalam bahasa Inggeris)
Judy Davies, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global, Advantest

6:30 petang PDT
Cabaran Ujian Semikonduktor 5G NR (dalam bahasa Korea)
Sungjong Park, Pengurus Ujian RF, Advantest Korea

7:00 petang PDT
Pengurusan Sel Ujian untuk Mendayakan Pembuatan Pintar (dalam bahasa Korea)
Kyoungyong Kang, Ketua Pasukan SoC UI, Advantest Korea

7:30 petang PDT
Memandu ke Arah Kesempurnaan: Mencari Penyelesaian Ujian Optimum untuk IC Automotif Generasi Baharu (dalam bahasa Inggeris)
Masashi Nagai, Pengarah Eksekutif Kanan, Kumpulan Perancangan Strategik, Advantest Korea

8:00 malam PDT
Penyelesaian Kos Rendah untuk SerDes Berkelajuan Ultra Tinggi kepada Ujian Komunikasi RF Menerusi FPGA Dalam Kenderaan (dalam bahasa Cina)
Tang Mingjie, Jurutera Aplikasi, Advantest China

8:15 malam PDT
Rangka Kerja Pemprograman dalam Ujian Serentak terhadap SmarTest 7 untuk IP yang Berkongsi Port Akses Sama (dalam bahasa Cina)
Tianyu Zhang, Jurutera Aplikasi, Advantest China

Pekerja, pelanggan, pelanggan prospek dan rakan kongsi Advantest dijemput untuk berkenalan dengan satu sama lain menerusi pameran dagangan maya dua hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13148

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...