Friday, March 6, 2020
ENTEGRIS TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) DI KEMUDAHAN PEMBUATAN DI MALAYSIA
Syarikat itu memberi tumpuan kepada penambahbaikan berterusan dan komited kepada sumber yang besar untuk membiayai program mereka bagi memastikan pekerja mereka sihat dan selamat.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Entegris, sebuah syarikat bahan bertaraf dunia yang menawarkan penyelesaian berinovatif dan berasaskan sains untuk mikroelektronik dan industri teknologi tinggi yang lain, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima satu anugerah kecemerlangan keselamatan dari Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH). Anugerah itu, yang merupakan anugerah keselamatan tertinggi yang boleh diterima oleh sebuah syarikat di Malaysia, telah disampaikan kepada Entegris pada satu majlis pada Jumaat, 28 Februari, 2020, selepas proses penilaian selama enam bulan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200302006076/en/
Menurut Derek Ong, pengarah urusan bagi Entegris Malaysia, yang menerima anugerah itu, Entegris mempunyai satu komitmen yang sangat mantap untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja mereka. “Kami mahu semua orang di kemudahan kami mempunyai keselamatan. Tingkah laku pasukan kepimpinan kami memberikan contoh harian tentang cara bekerja dengan selamat dan pada masa yang sama pekerja kami di bahagian pembuatan mengambil tindakan setiap hari untuk memastikan tempat kerja mereka sihat dan selamat. Bersama-sama, kami terus memberi tumpuan kepada peningkatan berterusan melalui mesyuarat pengurusan mingguan, jalan-jalan keselamatan Gemba untuk meraikan kejayaan dan bagi mengenal pasti bidang-bidang bagi penambahbaikan, latihan keselamatan pekerja, taklimat keselamatan dua minit semasa setiap syif, dan kempen promosi keselamatan,” kata beliau.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13143
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya
Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Dari kiri ke kanan): Naib Presiden Eksekutif Unit Bisnes Mikroelektronik & Ahli Lembaga Pengarah, Ingolf Schroeder, dan Naib Presiden K...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...

No comments:
Post a Comment