ST. CLAIRSVILLE, Ohio, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Murray Energy Corporation ("Murray Energy") mengumumkan bahawa ia akan mengadakan satu panggilan persidangan pelabur untuk membincangkan mengenai keputusan kewangan dan operasi bagi suku tahun keempat dan tahun berakhir 2018 pada Khamis, 21 Mac, 2019, pada pukul 11:00 pagi, Waktu Siang Timur. Akses kepada panggilan persidangan pelabur itu akan dihadkan kepada pemegang bagi: Kemudahan Pinjaman Bertempoh Bercagar Keutamaan yang matang pada 2022 (secara kolektif “Pinjaman Bertempoh Bercagar Keutamaan”), yang bertarikh 29 Jun, 2018, Kemudahan Pinjaman Bertempoh Bercagar yang matang pada 2020 (secara kolektif “Pinjaman Bertempoh Bercagar Senior”), yang bertarikh 16 April, 2015, sebagaimana yang dipinda; Nota Bercagar Senior 12% yang matang pada 2024 (“Nota Bercagar Senior Lien 1.5”), yang bertarikh 29 Jun, 2018; Nota Bercagar Senior 11.25% yang matang pada 2021 (“Nota bercagar Senior Lien Kedua”) yang bertarikh 16 April, 2015, sebagaimana yang dipinda; Kemudahan Kredit Pusingan dan kemudahan FILO (secara kolektif “Kemudahan Kredit Pusingan”) yang bertarikh 5 Disember, 2013, sebagaimana yang dipinda dan dinyatakan semula pada 29 Jun, 2018; dan broker-peniaga dan penganalisis sekuriti tertentu.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11942
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment