SYDNEY, 7 Mac, 2019 /Medianet International-AsiaNet/--
-- Versi baharu bagi perisian yang telah memenangi anugerah menambahkan perlindungan untuk membantu pelanggan melaksanakan rangkaian Zero Trust yang secara aktif mengasingkan pengguna dan peranti hasad dalam tempoh masa beberapa minit pengenalpastiannya
Unisys Corporation (https://www.unisys.com/)(NYSE:UIS) hari ini mengumumkan ketersediaan akan datang bagi versi terbaharu dari suite perisian keselamatan Unisys Stealth(R) yang telah memenangi anugerah (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services), produk pertama dalam industri itu dengan keupayaan pengasingan dinamik(TM) untuk dengan pantas mengasingkan peranti atau pengguna apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya kompromi. Versi baharu itu, Stealth 4.0, akan tersedia pada umumnya bermula pada 15 April, 2019.
Pelancaran baharu bagi perisian Stealth(TM) 4.0 menangani ancaman yang berkaitan dengan landskap digital yang sentiasa berkembang di mana penggunaan awan, mudah alih dan Internet Benda (loT) terus meningkat. Melalui penggabungan dengan sistem insiden keselamatan dan pengurusan acara LogRhythm (SIEM), Stealth 4.0 memberikan kepada pelanggan dengan keupayaan bagi mengambil tindakan segera untuk bertindak balas terhadap kejadian keselamatan, sekali gus menghentikan serangan yang sedang berlaku.
Stealth 4.0 juga adalah bersepadu sepenuhnya dengan konsol pengurusan keselamatan rangkaian Panorama Palo Alto Networks untuk mengimport trafik dari Panorama dan menggabungkannya dengan penemuan trafik secara langsung Stealth bagi membolehkan penglihatan dan visualisasi rangkaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Stealth mengurangkan serangan permukaan di dalam persekitaran dengan mewujudkan mikrosegmen dinamik yang dipacu oleh identiti yang diberi nama komuniti berkepentingan (COI). Dengan mewujudkan COI yang selamat, Stealth memisahkan sistem, pengguna dan data yang dipercayai daripada yang tidak dipercayai. Ia juga mengurangkan serangan permukaan dengan menyulitkan kesemua komunikasi di antara aset yang dilindungi oleh Stealth dan menyembunyikan aset itu dari pengguna yang tidak dibenarkan.
“Apa yang membuatkan Stealth 4.0 menonjol adalah ia memberikan keupayaan kepada organisasi untuk terus mengendalikan perniagaan mereka -- walaupun ketika sedang diserang,” kata Vishal Gupta, ketua pegawai teknologi dan naib presiden kanan bagi Teknologi, Unisys. “Memiliki keupayaan untuk bukan sahaja mengenal pasti tetapi juga mengasingkan ancaman dalam masa beberapa saat membolehkan sesebuah organisasi untuk bertindak balas dengan tegas terhadap serangan tanpa gangguan. Secara alternatifnya ialah organisasi berakhir menjadi mangsa awam yang seterusnya di dalam kitaran berita itu.”
Stealth 4.0 mengembang di atas versi sebelumnya bagi suite perisian itu dengan keupayaan berikut:
- Pengasingan dinamik yang dipertingkatkan: Stealth 4.0 memberi kuasa kepada pelanggan untuk bertindak balas dengan pantas dan secara proaktif terhadap ancaman melalui keupayaan untuk dengan pantas dan proaktif mengasingkan pengguna dan peranti, bekerja seiringan dengan sistem SIEM LogRhythm untuk mengautomasikan pengesanan dan tindak balas pelanggaran -- memendekkan tempoh masa untuk bertindak;
- Penggabungan dengan Palo Alto Networks Panorama: Penggabungan membolehkan pergerakan dasar keselamatan dengan lebih mudah untuk meningkatkan wawasan rangkaian bagi tujuan pemeriksaan, pengesahan dan mengawal kesemua pengguna bagi mengenal pasti dan menghalang komunikasi yang tidak dikehendaki;
- Automasi yang diperluaskan: Stealth 4.0 memperkenalkan satu suite yang diperluaskan untuk peranti standard bagi membolehkan pemasangan dan pengendalian secara automatik, tanpa pengawasan. Penambahbaikan automasi ini menghapuskan keperluan bagi operasi manual dan berulang, mengurangkan masa pemasangan dan meningkatkan keupayaan pengurusan bagi pergerakan perusahaan besar;
dan
- Penambahan visualisasi keselamatan rangkaian konteks: Stealth 4.0 menggunakan gabungan pendekatan berasaskan peraturan dan pembelajaran mesin untuk mengklasifikasi dan nod rangkaian kluster bagi memudahkannya untuk memahami apa aset rangkaian yang ada dan komunikasi di antara mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Unisys Stealth 4.0, sila layari www.unisys.com/stealth.
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari www.unisys.com.
Ikuti Unisys di Twitter (https://twitter.com/UnisysAPAC) dan LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/unisys/).
Hubungi:
Claire Hosegood, Unisys Asia Pasifik, +61-411-253-663
claire.hosegood@au.unisys.com
###
NOMBOR SIARAN: 0305/9649
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
SUMBER: Unisys
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment