KYOTO, Jepun, 8 Mac, 2019 /Kyodo JBN - AsiaNet / --
-- Membolehkan Tetamu untuk Merasai Sepertimana Mereka Hidup Di Ibu Kota Purba --
Wacoal Corp. akan membuka "Kyo no Ondokoro" mereka yang keempat, sebuah rumah bandar yang diwujudkan dengan mengubah suai sebuah rumah tradisional gaya Kyoto tradisional, di bahagian Selatan di Istana Imperial Kyoto pada 30 Mac, 2019.
Kesemua empat rumah bandar Kyo no Ondokoro milik Wacoal terletak bersesuaian sebagai titik permulaan untuk bersiar-siar di ibu kota purba itu. Tetamu boleh menggunakan rumah bandar itu secara eksklusif semasa penginapan mereka dan merasakan seolah-olah mereka tinggal di bandar raya lama ini.
Laman web rasmi Kyo no Ondokoro:
https://www.kyo-ondokoro.kyoto/en/
Foto 1: "Kyo no Ondokoro FUYACHO-NIJO" dilancarkan pada 30, Mac, 2019
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000223/201903063921/_prw_
PI16fl_vS7xWmG9.jpg
Wacoal telah melancarkan projek Kyo no Ondokoro dalam usaha menyelesaikan satu tentangan sosial yang dihadapi Kyoto – pengurangan rumah-rumah tradisional Kyoto. Syarikat itu menyewakan rumah-rumah bandar tersebut dan mengubah suainya untuk menjadi tempat penginapan. Selepas digunakan sebagai tempat penginapan selama lebih dari 10 tahun, struktur itu akan dikembalikan kepada pemilik mereka selepas pengubahsuaian. Kyo no Ondokoro direka untuk memenuhi gaya hidup rakyat Jepun agar pemilik mereka boleh tinggal di sana selepas struktur itu digunakan sebagai penginapan selama lebih satu dekad.
Oleh itu, pelawat ke Kyoto boleh menyumbang kepada pemeliharaan pemandangan wajah jalan ibu negara purba itu dengan menetap di Kyo no Ondokoro.
Ketika memelihara bahagian luar rumah tradisional gaya Kyoto dari mana orang dapat merasakan sejarah bagi ibu kota purba itu, bahagian dalam rumah bandar itu telah diubah suai mengikut gaya hidup moden. Semua rumah bandar Kyo no Ondokoro dilengkapi dengan sistem pemanasan lantai untuk membolehkan tetamu menginap di sana dengan selesa pada musim sejuk dan mempunyai bilik tidur dengan lantai kayu.
Memandangkan rumah bandar itu direka sebagai tempat tinggal, pelbagai idea telah digabungkan ke dalam struktur itu untuk membolehkan tetamu merasa biasa dengan Kyoto seolah-olah mereka tinggal di sana dan untuk memberikan mereka kegembiraan tinggal di bandar raya lama ini.
Sebagai contoh, setiap rumah bandar Kyo no Ondokoro mempunyai dapur yang mesra pengguna, yang dilengkapi dengan bukan sahaja periuk, kuali dan peralatan memasak yang lain tetapi juga pinggan dan mangkuk. Tetamu boleh membeli bahan-bahan tempatan di pasar-pasar dan menikmati masakan sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka ke Jepun.
Wacoal juga menyediakan tetamu dengan maklumat mengenai restoran dan tempat pelancongan yang disyorkan yang memenuhi keperluan mereka. Rumah-rumah bandar itu, yang dilengkapi dengan Wi-Fi, mesin basuh dengan pengering dan seterika pakaian, sesuai untuk penginapan yang lama.
Gambaran keseluruhan bagi Kyo no Ondokoro
-Harga: 50,000 yen hingga 100,000 yen bagi setiap bangunan (cukai penggunaan tidak termasuk; bergantung kepada bilangan tetamu dan musim)
-Kapasiti: 8 orang tetamu pada tahap maksimum (bergantung kepada kemudahan)
-Daftar masuk: dari 4:00 petang (Daftar masuk diterima di meja depan di Bangunan Baharu Kyoto Wacoal dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang)
-Daftar keluar: hingga pukul 11:00 pagi
-Untuk pertanyaan, sila layari:
https://my.wacoal.jp/product/member/CMmEntryform.jsp?ENTRYFORM_NO=3001
Perkhidmatan tambahan utama
-- Menjaga dan mengangkut beg pakaian dan bagasi lain.
-- Menyediakan maklumat mengenai kedai-kedai di sekitar rumah bandar dan tempat-tempat pelancongan, antara maklumat lain (perkhidmatan tetamu)
Gambaran keseluruhan bagi setiap rumah bandar Kyo no Ondokoro:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/201903063921-O1-6P1lL73v.pdf
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/201903063921?p=images)
*"Kyo no Ondokoro" adalah tanda perniagaan berdaftar milik Wacoal Corp.
SUMBER: Wacoal Corp.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11933
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment