HO CHI MINH, Vietnam, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GBS,sebuah firma guaman perniagaan, kini menjadikannya lebih mudah untuk memulakan sebuah perniagaan di Vietnam dengan memperkemaskan perkhidmatan pendaftaran perniagaan.
Perkhidmatan itu kini boleh diperolehi di laman web https://gbs.com.vn. Perkhidmatan itu menyokong perniagaan asing untuk memohon pelbagai pendaftaran perniagaan dan pendaftaran percukaian. Pakej termasuk: Memeriksa ketersediaan nama syarikat; Sijil Pendaftaran Pelaburan (IRC); Sijil Pendaftaran Perusahaan (ERC); Cap Syarikat dan Sijil Pendaftaran Cap dan Kod Cukai Syarikat; Membuka Akaun Bank. Ini bermakna bahawa perniagaan asing tidak lagi perlu untuk menghubungi pelbagai agensi bagi tujuan mendaftar.
Inisiatif-inisiatif diumumkan selepas banyak pelabur asing mengadu mengenai prosedur untuk pendaftaran perniagaan di Vietnam sedang diperbaiki, tetapi cabaran masih tetap ada.
Menyelaraskan pendaftaran perniagaan akan memberi manfaat kepada pelabur asing yang perlu memulakan perniagaan mereka di Vietnam atau menambahkan satu pendaftaran kepada perniagaan mereka yang sedia ada.
Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan untuk perniagaan dan pendaftaran syarikat menyokong perniagaan untuk mendaftar tanpa perlu menghubungi agensi secara berasingan memandangkan GBS menghubungkan dengan agensi-agensi bagi pihak pelanggan mereka.
GBS menyediakan semua maklumat yang berkaitan dengan jelas dalam satu sentuhan. Borang permohonan untuk IRC; piagam bagi syarikat; garis kasar bagi kajian kemungkinan untuk penubuhan syarikat akan dirangka dan dikemukakan kepada agensi-agensi oleh GBS selepas disahkan oleh perniagaan. Sekiranya terdapat keperluan, GBS akan membuat tindakan susulan untuk mengesahkan status aplikasi itu dan mengumpul IRC bagi pihak perniagaan.
“Vietnam terus menjadi sebuah destinasi pelaburan yang menarik untuk banyak perniagaan. Aliran pelaburan langsung asing ke Vietnam meningkat kepada satu rekod baharu pada tahun 2018. Kami dengan senang hati menyokong banyak perusahaan milik asing dari seluruh dunia untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan bagi mengembangkan operasi perniagaan mereka di negara ini,” kata Cik Sophie Dao, Rakan di GBS.
Jenis entiti undang-undang yang paling disukai untuk diwujudkan di Vietnam adalah sebuah syarikat liabiliti terhad (LLC) dan sebuah syarikat stok bersama (JSC), perniagaan juga boleh membuka sebuah pejabat perwakilan di Vietnam atau sebuah cawangan jika mereka sudah mempunyai perniagaan di negara lain.
Bagi mendapatkan nasihat mengenai cara untuk memulakan perniagaan pelaburan asing anda di Vietnam, anda boleh menghubungi Cik Sophie Dao secara terus di: info@gbs.com.vn, talian khidmat pelanggan: +84903189033 atau layari laman web syarikat itu di: https://gbs.com.vn
Maklumat mengenai GBS:
Ditubuhkan pada tahun 2002, GBS telah menjadi satu daripada firma guaman perniagaan yang paling berprestij di Vietnam dengan satu rangkaian di rantau Asia dan Eropah. GBS menyokong perniagaan untuk mendapatkan maklumat dan bagi membantu mewujud dan mengendalikan perniagaan; mengkomersialkan idea; memperbaiki dan mengembangkan sebuah perniagaan; mematuhi dan menjangkau ke pasaran baharu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190318005436/en/
Hubungi
Cik Sophie Dao
sophie@gbs.com.vn
Telefon mudah alih: +84903189033
Sumber : GBS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment