CT100 merupakan sensor magnetik TMR unik dengan prestasi terbaik dalam industri
SANTA CLARA, California, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal peneraju sensor Tunnel Magneto-Resistance (TMR) disruptif, hari ini mengumumkan peranti CT100, sensor magnetik linear (1D) berprestasi tinggi yang canggih, berdasarkan teknologi berasaskan TMR Crocus yang dipatenkan dan unik. CT100 mempunyai prestasi terbaik dalam kelasnya merentas julat suhu yang meluas, dilengkapkan dengan ralat kelinearan yang rendah, rendah histeresis dan rendah hingar yang membolehkannya digunakan oleh kebanyakan pengguna, aplikasi dan pasaran industri serta automotif. Prestasi CT100 melangkaui teknologi sensor magnetik linear berasaskan xMR atau Hall pesaing yang tersedia hari ini daripada segi prestasi, pelencongan mengatasi suhu, penggunaan semasa dan keteguhan keseluruhan. CT100 tidak memerlukan sebarang panduan atau penumpu fluks yang mahal, litar pemotong atau nadi set/reset dan beroperasi dalam julat medan magnetik yang luas.
Teknologi TMR Magnetic Logic Unit™ (MLU™) milik Crocus dibenam ke dalam CT100 dengan rangkaian perintang magnetik titian penuh tunggal yang memberikan gandaan dan ketepatan yang tinggi. CT100 mengesan kehadiran medan magnetik (sama ada daripada magnet atau medan yang dijana oleh konduktor pembawa arus); dan mengeluarkan isyarat kebezaan dengan ralat kelinearan yang kurang daripada -20 mT hingga +20 mT dengan sedikit sahaja histeresis dan hingar yang sangat rendah. Peranti teguh tersebut beroperasi daripada -40°C hingga +150°C dan menghasilkan koefisien kepekaan suhu (TCS) boleh ramal kurang daripada 300 ppm/°C dan koefisien ofset suhu (TCO) yang tidak melebihi 3 µV/V/°C merentas julat bekalan voltan daripada 1.0 V hingga 5.5 V.
“CT100 memanfaatkan teknologi MLU-TMR tercanggih Crocus untuk menghasilkan sensor magnetik dengan kelinearan tinggi, kestabilan suhu tiada tandingan dan keteguhan magnetik untuk kegunaan meluas permintaan aplikasi daripada pengesanan arus tanpa sentuhan dengan pengasingan tinggi AC atau DC, dengan itu, menggantikan transformer semasa dan perintang pirau, kepada pengesanan kedudukan linear ketepatan tinggi. CT100 dengan tindak balas berfrekuensi tingginya, penggunaan tenaga yang rendah dan faktor bentuk kecil, mendayakan rekaan sistem yang ringkas dan kreatif dalam aplikasi seperti IoT, dron, kawalan motor elektrik, pemantauan tenaga, serta banyak lagi aplikasi pengguna, industri dan automotif lain,” ujar Zack Deiri, CEO Crocus Technology. “Banyak aplikasi hari ini memerlukan prestasi tetapi tidak mengorbankan pelencongan besar disebabkan oleh perubahan suhu yang memberi kesan kepada prestasi sistem dan keselamatan. CT100, sensor TMR berasingan dengan perlindungan ESD, menawarkan prestasi unggul berbanding penyelesaian bersepadu penuh dan terpampas tinggi pesaing kami daripada segi ketepatan dan keteguhan mengatasi medan dan suhu.”
CT100 merupakan pilihan tepat untuk produk seperti sensor arus dan medan, pemantauan arus fius, peranti IoT pintar, motor elektrik, pembaca kad megnetik, sensor tingkap/pintu dan elektronik mudah alih yang memerlukan prestasi kelinearan dan kestabilan terma yang bagus.
CT100 tersedia dalam pakej SOT23 6 pendulu dan dalam profil ultra rendah dan faktor bentuk kecil pakej DFN dan wafer/KGD (Known-Good-Die) 6 pendulu. Sampel dan papan penilai tersedia pada masa ini dan penghasilan dijangka awal Q3 2019.
Perihal Crocus Technology
Crocus Technology membangunkan dan membekalkan sensor magnet dan penyelesaian memori terbenam berdasarkan teknologi sensor TMR yang telah dipatenkan miliknya, Magnetic Logic Unit™ (MLU™). Sensor magnet Crocus memberikan kelebihan yang ketara kepada aplikasi elektronik industri dan pengguna yang memerlukan kepekaan yang tinggi, prestasi suhu yang stabil, tenaga yang rendah dan berkos rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California dan mempunyai pejabat di Grenoble, France serta di Beijing dan Shenzhen, China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.
© 2019 Crocus Technology International Corp. Hak cipta terpelihara. Crocus Technology, MLU dan gabungan daripadanya adalah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan informasi sahaja dan mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com
Sumber: Crocus Technology
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment