HANOI, Vietnam, 26 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bermula hari ini, Persidangan Antarabangsa Tifoid dan Jangkitan Salmonela Invasif Lain ke-11 akan menyatukan lebih daripada 450 orang penyelidik, penggubal dasar dan penyokong yang berdedikasi untuk meningkatkan kehidupan anak kecil dan keluarga mereka yang menderita tifoid, paratifoid dan Salmonela invasif bukan tifoid. Dalam persidangan selama tiga hari yang dihoskan oleh Pakatan menentang Tifoid, program oleh Institut Vaksin Sabin (Sabin), hadirin daripada lebih 40 buah negara akan membincangkan kajian dan strategi terkini untuk menghadapi demam enterik itu, dengan matlamat memindahkan peningkatan global terbaru kepada impak tempatan untuk mencegah dan mengawalnya pada tahap masyarakat.
Tifoid berterusan mengakibatkan 11 juta kes dan lebih daripada 116,000 kematian setiap tahun, kebanyakannya menjangkiti kanak-kanak dalam masyarakat berpendapatan rendah di Asia dan Afrika Sub-Sahara. Pencegahan adalah lebih penting pada masa ini, dengan kerintangan antimikrob yang meluas menjadikan penyakit itu lebih sukar dirawat. Wabak tifoid tahan ubat yang meluas di Pakistan baru-baru ini menunjukkan kerintangan terhadap lima antibiotik, hanya satu antibiotik oral tersedia untuk rawatan.
Sejak persidangan terakhir pada 2017, peningkatan signifikan dalam dasar global telah mempercepatkan kemajuan menentang demam enterik itu, bermula dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mempralayakkan dan seterusnya mengesyorkan penggunaan vaksin konjugat tifoid. Ini adalah langkah pertama untuk melindungi kanak-kanak seawal usia enam bulan menerusi imunisasi rutin. Demi membantu memastikan akses kepada vaksin untuk negara berpendapatan rendah, Gavi, the Vaccine Alliance (Gavi), telah memperuntukkan $85 juta pada 2018 untuk membiayai pengenalannya. Negara-negara mula menghantar permohonan untuk sokongan Gavi bagi imunisasi rutin. Langkah keselamatan pencegahan ini sudah pun digunakan untuk mencegah tifoid dan mengawal wabak di tempat-tempat seperti India, Pakistan dan Zimbabwe.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11992
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment