KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Saturna Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Saturna Capital Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) melantik Shahariah Shaharudin sebagai presiden baharunya, menggantikan Monem Salam yang kembali semula berkhidmat di pejabat Saturna di AS.
“Kami teruja Shaha (Shahariah) akan menerajui organisasi kami di Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Dana Saturna Capital, Monem Salam.
“Pengalaman luas beliau dalam pasaran ini akan memastikan Saturna terus berinovasi dan menjadi pemangkin bagi pelaburan Islam dan juga pelaburan mampan, yang mana dalam tempoh jangka panjang kombinasi kedua-dua pelaburan ini telah terbukti merupakan situasi sama-sama menang bagi pelabur.
Shahariah mengulas: “Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada organisasi dinamik ini dan akan meneraju Saturna Malaysia ke tahap pertumbuhan seterusnya di samping memastikan kami berada di kedudukan yang baik untuk berdepan cabaran masa depan dalam industri pengurusan aset global.” Shahariah memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam perbankan komersial, pengurusan dana dan pembrokeran saham dan pernah berkhidmat sebelum ini sebagai ketua pegawai eksekutif/pengarah eksekutif Kenanga Islamic Investors Berhad.
Di bawah penerajuannya, Kenanga Group memenangi anugerah Ekuiti Terbaik - Dana Islam Malaysia bagi Anugerah The Edge/Thompson Reuters Lipper Malaysia 2017 dan 2018.

Saturna Sdn Bhd mengkhususkan dalam perkhidmatan nasihat pelaburan patuh Syariah bagi individu dan institusi. Ia merupakan pengurus dana Islam berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bagi maklumat lanjut sila layari laman web https://www.saturna.com.my
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment