Siri Z-Trak Teledyne DALSA adalah ditentukur kilang dan ditawarkan dalam ukuran ketinggian daripada 10 hingga 1000 mm
MONTREAL, 15 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin telah membuat penambahan ke portfolio kamera 1D dan 2D mereka dengan memperkenalkan siri pembukah laser 3D baharu yang jitu untuk pengimejan industri dan automasi kilang.
Pembukah laser 3D siri Z-TrakTM LP1 memberikan pengukuran tinggi yang jitu dan persis serta unit padat yang direka ergonomik, dengan pengesan puncak FIR berkuasa. Pembukah siri Z-Trak LP1 ditentukur kilang dan disertakan perisian Sapera Processing 8 Runtime, atau Sherlock 8 3D Teledyne DALSA untuk persediaan dan penggunaan yang mudah. Di samping itu, siri LP1 menampilkan antara muka GigE Vision®, menyokong standard GenICam® dan mudah digunakan sebagai antara muka dengan perisian lambak lain. Z-Trak menyokong Kuasa Melalui Ethernet (PoE) dan menampilkan input/output kegunaan umum dan pilihan pemasangan fleksibel.
Pembukah laser Z-Trak adalah ideal untuk metrologi sebaris, pengukuran isi padu, pemeriksaan dan pengenalpastian bahagian, serta aplikasi pemilih tong untuk semikonduktor, elektronik, automasi kilang dan logistik.
“Siri Z-Trak menampilkan banyak ciri dan menjimatkan kos, dengan asas teknologi yang berkuasa,” komen Ghislain Beaupré, Naib Presiden dan GM Teledyne DALSA, Montreal. “Asas yang berkuasa ini amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan hasil yang terunggul, malah untuk menyediakan platform bagi inovasi akan datang berdasarkan keupayaan sensor dan perisian kami yang canggih.”
Ciri Utama

- Algoritma pengesan Puncak FIR yang aktif memberikan kejituan tertinggi dan operasi stabil
- Mendayakan pengimejan objek dengan kepantulan permukaan berbeza
- Kejituan tinggi dengan laser merah dan biru
- Lintasan optik yang dioptimumkan memastikan hasil konsisten untuk seluruh julat pengukuran
- Pelbagai jenis model: julat pengukuran daripada 10 mm hingga 1000 mm
- Terdapat dalam kelas laser 2M dan 3R untuk pelbagai keadaan operasi
- Perumah IP67 padat untuk persekitaran operasi yang lasak
- Z-Trak disertakan Sapera™ LT, Sapera Processing Group 1 RTL, dan Sherlock™ 8.0 3D yang terbukti
Pembukah laser Z-Trak baharu ini akan ditunjukkan di demonstrasi langsung pada pertunjukan berikut:
- Vision China Shanghai
- Automation World Korea
- Automate 2019
- Control 2019 Germany
Untuk maklumat lanjut tentang pembukah laser Z-Trak atau spesifikasi utama setiap model, lawati laman web Teledyne DALSA di sini www.teledynedalsa.com/z-trak. Untuk mendapatkan imej yang boleh dimuat turun, sila lawati kit media dalam talian.
Teledyne DALSA ialah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dunia dalam rekaan, pengilangan dan penyediaan komponen pengimejan digital untuk pasaran visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan automatik di seluruh dunia dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, sel suria, paparan panel rata, barangan elektronik, automotif, perubatan, pembungkusan dan pengilangan umum. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/mv.
Teledyne Imaging adalah kumpulan syarikat-syarikat termaju yang bernaung di bawah Teledyne.. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentasi spektrum dengan pengalaman selama beberapa dekad tanpa bandingan. Setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial serta penyelesaian MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang paling sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian visi mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.
Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.
Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global & Pembangunan Kandungan
519-886-6000 samb. 2187
geralyn.miller@teledyne.com
Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1618b20f-e100-41c0-bde2-6ee9de092a2d
Sumber: Teledyne DALSA
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment