TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, telah meningkatkan barisan produk bagi Siri XD5 untuk pusat data NVMe™ SSD mereka bagi aplikasi hiper skala dan awan dengan menambahkan produk dengan faktor bentuk 2.5 inci. Penghantaran sampel akan bermula dari suku kalendar kedua tahun 2019.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190313005953/en/
SSD NVMe Gen3 x4 lorong PCIe® yang baharu itu menggunakan faktor bentuk 2.5 inci yang mempunyai ketinggian 7mm, yang digunakan secara meluas di dalam pelbagai aplikasi termasuk pusat data, melengkapkan penawaran kompak semasa M.2 22110. Ia akan disediakan dalam tiga kapasiti; 960GB, 1,920GB dan 3,840GB[1], dengan menyampaikan sehingga 2,700MB bacaan[2] berurutan dan sehingga 895MB prestasi tulisan berurutan, di dalam ruang kuasa aktif 7W. Ia direka untuk aplikasi bacaan intensif, seperti pangkalan data NoSQL, analisis data besar dan media penstriman.
SSD siri XD5 itu akan dipamerkan pada Sidang Kemuncak Global Projek Komput Terbuka (OCP) 2019 di San Jose, California, Amerika Syarikat dari 14 hingga 15 Mac di petak A-1 Toshiba Memory America.
Nota
[1] Definisi bagi kapasiti: Toshiba Memory Corporation mentakrifkan satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang berkurangan. Kapasiti penyimpanan yang ada (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berbeza-beza berdasarkan kepada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengendalian Microsoft® dan/atau aplikasi perisian prapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza-beza.
[2] Prestasi bacaan berurutan dan tulisan berurutan di bawah keadaan ujian Toshiba Memory Corporation. Prestasi bacaan dan tulisan berurutan yang dinyatakan di sini mungkin berbeza daripada data rujukan di dalam lembaran data.
*NVMe adalah sebuah tanda perniagaan milik NVM Express, Inc.
*PCIe adalah sebuah tanda perniagaan milik PCI-SIG.
*Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2421
https://business.toshiba-memory.com/en-apac/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190313005953/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Toshiba Memory Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment