Friday, September 13, 2024

PAMERAN ANTARABANGSA CHINA UNTUK PELABURAN & PERDAGANGAN KE-24 BERAKHIR DENGAN HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN -- PELABURAN MENGHUBUNGKAN DUNIA DAN MEMBUKA PELUANG UNTUK MASA DEPAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK




XIAMEN, China, 13 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Dari 8 hingga 11 September, Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan ("CIFIT") ke-24, yang ditaja oleh Kementerian Perdagangan dan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, Kerajaan Rakyat Perbandaran Xiamen dan Agensi Penggalakan Pelaburan di Kementerian Perdagangan, yang diadakan dengan jayanya di Xiamen di Wilayah Fujian, telah dihadiri oleh hampir 80,000 orang tetamu dari 120 buah negara dan wilayah serta 18 organisasi antarabangsa. Sebanyak 688 perjanjian kerjasama telah ditandatangani, dengan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 488.92 bilion yuan.

Untuk memudahkan pelbagai negara meluaskan keterbukaan dan berkongsi peluang di platform CIFIT, beberapa aktiviti penting telah dilaksanakan, seperti Persidangan Pembangunan Berkualiti Tinggi Belt and Road ke-7, Persidangan Tahunan ke-3 bagi Perikatan Global bagi Zon Ekonomi Khas, Pertukaran & Rangkaian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Wilayah China-Negeri-negeri Amerika Syarikat, dan Pertukaran & Rangkaian Ekonomi Digital BRICS.

CIFIT ini mempunyai beberapa sorotan baharu di dalam pameran itu: ia mewujudkan kawasan "Pembangunan Global", serta kawasan "Pelaburan dan Kerjasama Luar China", agar dapat  mempamerkan pencapaian pelaburan dan pembinaan China di luar negara. Tambahan pula,  kawasan "Maritim Laluan Sutera" dan 10,000 meter persegi "Pameran BRICS mengenai Revolusi Perindustrian Baharu" menyuntik momentum baharu ke dalam pelaburan dan kerjasama antarabangsa.

Beberapa laporan yang berwibawa mengenai pelaburan asing telah dikeluarkan, termasuk Laporan Pelaburan Dunia 2024 (Edisi Bahasa Cina), Buletin Statistik mengenai FDI di China 2024, Panduan Pelaburan Asing bagi Republik Rakyat China 2024, Laporan mengenai Perkembangan Perusahaan Luar Negara China 2024 , Laporan Pelaburan Dua Hala China 2024, dsb., yang akan membantu peserta memahami landskap pelaburan global dan dinamik pasaran serta membuat keputusan yang tepat.
 
Sumber: Jabatan Persidangan bagi Jawatankuasa Penganjur CIFIT ke-24 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18498

No comments:

Post a Comment

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH KEPENTINGAN TAMBAHAN SEBANYAK 15% DALAM PERU LNG DARIPADA HUNT OIL COMPANY

Pelabur Strategik MidOcean, Aramco, akan Menyediakan Pembiayaan untuk Pelaburan WASHINGTON, 17 Sept (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  MidOcean E...