NEW DELHI, India, 13 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BUSINESSNEXT yang merupakan penyedia universal penyelesaian perusahaan boleh gubah bagi bank dan perkhidmatan kewangan telah dinobatkan sebagai Pemain Nic dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2024 untuk Sales Force Automation Platforms. Platform syarikat itu telah dinilai untuk menentukan tahap komprehensif rangkaian penyelesaian perusahaannya, dengan fokus utama pada keupayaan automasi jualan.
Kedudukan ini telah meletakkan BUSINESSNEXT sebaris dengan 13 vendor utama pada peringkat antarabangsa dalam platform automasi pasukan jualan yang membuktikan pendekatan berfokuskan industri dan penyelesaian canggih syarikat itu bagi menghasilkan penyelesaian termaju. Keupayaan Automasi Pasukan Jualan itu termasuklah jualan berpandu, analisis ramalan dan strategi yang dipacu AI. Dengan kehadiran yang kukuh dalam perkhidmatan kewangan dan insurans di APAC, EMEA dan Amerika Utara, BUSINESSNEXT terus menambah baik platformnya dengan model, visualisasi dan ciri-ciri mudah alih yang dikuasakan GenAI untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Kuadran tersebut menyerlahkan kekuatan BUSINESSNEXT dalam pengurusan bakal pelanggan berasaskan pembelajaran mesin, model pemarkahan ramalan serta strategi AI yang boleh disesuaikan. BUSINESSNEXT bercadang untuk memperkenalkan pembantu jurujual pintar dan meningkatkan aliran kerja dikuasakan AI serta pengesahan KYC, yang akan menguatkan lagi sokongan terhadap perniagaan global dalam transformasi digital.
Sushil Tyagi, Pengarah Eksekutif BUSINESSNEXT berkata, "Pengiktirafan daripada Gartner ini menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan boleh dikembangkan yang memperkasakan pasukan jualan untuk melangkaui matlamat mereka sekali gus memenuhi komitmen pengalaman pelanggan dengan amat baik."
BUSINESSNEXT akan terus memajukan automasi jualan dengan tumpuan yang teguh dalam pembangunan penyelesaian AI khusus natif untuk industri seperti perbankan, insurans, runcitan dan penjagaan kesihatan. Peningkatan akan datang meliputi pelancaran studio WORKNEXT iaitu sebuah platform tanpa kod yang menawarkan alat dikuasakan GenAI untuk ringkasan bakal pelanggan dan reka bentuk aliran kerja serta produktiviti yang lebih baik.
Mengenai BUSINESSNEXT
BUSINESSNEXT merupakan penyedia universal bagi penyelesaian perusahaan boleh gubah yang menumpukan pada bank dan perkhidmatan kewangan di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai peneraju dalam The Financial Services CRM Wave oleh Forrester, BUSINESSNEXT memanfaatkan teknologi, inovasi dan pengalaman untuk menghasilkan pengalaman hebat, unik dan insani dalam menghadapi dunia perniagaan yang mencabar. Platform BUSINESSNEXT, antaranya CRMNEXT, CUSTOMERNEXT, DATANEXT & WORKNEXT merupakan platform AI dan platform natif awan yang dipacu bahasa mesin yang dicipta khusus untuk mendayakan transformasi digital. Ia terdiri daripada portfolio penyelesaian modular hiper SaaS diperkaya yang responsif, boleh dipasang dan dioperasikan dengan mudah dan mempunyai tahap keupayaan tinggi untuk berintegrasi dengan ekosistem IT. Pada masa ini, BUSINESSNEXT menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 1 juta pengguna di 65,000 cawangan dan pusat panggilan serta menguruskan 1 bilion pelanggan akhir di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut lawati:
https://www.businessnext.com/
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18495
No comments:
Post a Comment