Tuesday, September 10, 2024

DISHHOME, NEPAL MENINGKATKAN TAWARAN DAN PENGALAMAN PELANGGAN DENGAN HANSEN

MELBOURNE, Australia, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hansen Technologies (ASX:HSN), penyedia perisian dan perkhidmatan global terkemuka dalam industri komunikasi, tenaga dan air berbesar hati untuk mengumumkan bahawa DishHome, penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) terkemuka di Nepal, telah menaik taraf versi Hansen CCBnya, sebahagian daripada Hansen Suite for Communications, Technology & Media. Syarikat juga akan memanfaatkan sistem penjagaan dan pengebilan pelanggan Hansen yang disatukan untuk jalur lebar dan kabel, kerana syarikat berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan yang lebih ditingkatkan kepada pangkalan pelanggannya yang semakin meningkat di seluruh dunia.


Sebelum pelaksanaan ini, pelanggan televisyen dan fibernet terus-ke-rumah DishHome akan dibilkan secara berasingan untuk pelbagai produk yang dilanggan. Hari ini, dengan produk Hansen terkini, pelanggan Hansen boleh membuat satu bayaran untuk kesambungan hiburan, dan ini mengurangkan beban kerana perlu membayar berbilang bil dan vendor.

Bagi DishHome, kecekapan dan penjimatan kos hanyalah sebahagian kecil daripada kes perniagaan di sebalik naik taraf ini. Pakej dan tawaran yang lebih inovatif kini lebih mudah bagi syarikat untuk dilancarkan dalam pasaran; pelanggan juga boleh menggunakan diskaun dan baucar yang berbeza, serta memanfaatkan ciri tambahan dalam tawaran Dompet.

Sudeep Acharya, Pengarah Dish Media Network Limitedmengulas: “Hansen telah menjadi rakan kongsi teknologi teras kepada DishHome sejak 2016. Naik taraf teknologi paling terkini ini adalah bukti bukan sahaja kepada kepimpinan produk Hansen tetapi juga kerjasama dan perkongsian sebenar pasukan kami masing-masing. Keupayaan mereka untuk benar-benar mengetahui perkara yang sedang berlaku kepada pelanggan dan peluang pasaran, yang membolehkan kami membawakan pengalaman yang moden dan fleksibel kepada pelanggan kami, menunjukkan nilai mereka yang sangat besar sebagai rakan kongsi. Kami tidak sabar lagi untuk mendedahkan lebih banyak peluang bersama-sama, untuk mengembangkan lagi perkara yang boleh ditawarkan oleh DishHome kepada pelanggannya pada masa hadapan.”

Scott Weir, Presiden, Divisyen Komunikasi di Hansen, mengulas: “Pemodenan pantas Nepal telah mendorong bukan sahaja peningkatan dalam permintaan untuk kesambungan yang lebih pantas dan tawaran hiburan yang lebih lancar, tetapi juga mempercepatkan jangkaan pelanggan. Kami amat teruja untuk meneruskan perkongsian kami yang telah lama dengan DishHome dan untuk memperkenalkan kefleksibelan yang dipertingkatkan dalam pakej dan tawaran, keupayaan untuk mengurangkan bil mesti dibayar, serta diskaun dan baucar baharu. Peningkatan ini memberikan penjimatan dan kecekapan kepada pelanggan kami, terutamanya sekitar penyelenggaraan pangkalan data, keselamatan dan privasi.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hansen Technologies, sila lawati www.hansencx.com.

Mengenai Hansen

Hansen Technologies (ASX: HSN) ialah penyedia perisian dan perkhidmatan global terkemuka dalam industri tenaga, air dan komunikasi. Dengan portfolio perisiannya yang memenangi anugerah, Hansen memberikan khidmat kepada pelanggan di lebih 80 negara, membantu mereka mencipta, menjual dan memberikan produk dan perkhidmatan baharu, mengurus dan menganalisis data pelanggan, serta mengawal pengurusan hasil kritikal dan proses sokongan pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.hansencx.com

DishHome

Dish Media Network Limited ‘DishHome’ ialah salah satu syarikat yang berkembang sangat pantas dalam industri perkhidmatan penyiaran dan internet Nepal. DMN telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia perkhidmatan televisyen Terus-Ke-Rumah (DTH) yang pertama dan satu-satunya di Nepal. Syarikat disambungkan secara terus ke lebih 2 juta isi rumah daripada berbilang platform seperti TV Satelit & Fibernet (Dish Media Network), TV Kabel (SIM TV), T2 TV & IPTV (Prabhu Digital). Salah satu kekuatan utama DMN ialah rangkaiannya yang meluas melebihi 5000+ pengedar, sub pengedar dan francais perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan segera kepada pelanggan kami.

Selepas pengalaman yang lama dan berjaya melebihi 13 tahun dalam perkhidmatan TV berbayar, DishHome telah melancarkan perkhidmatan Internet FTTHnya di bawah nama jenama ‘DishHome Fibernet’ pada tahun 2020. Buat masa ini, DishHome Fibernet menyediakan perkhidmatan internet kepada lebih 300,000 pelanggan runcit yang berpuas hati melalui jurutera dan juruteknik yang diperakui dan berpengalaman.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.dishhome.com.np/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Adnan Bashir
Ketua Global, Komunikasi Luaran
Hansen Technologies
+1 647-204-0999


Sumber: Hansen Technologies

No comments:

Post a Comment

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH KEPENTINGAN TAMBAHAN SEBANYAK 15% DALAM PERU LNG DARIPADA HUNT OIL COMPANY

Pelabur Strategik MidOcean, Aramco, akan Menyediakan Pembiayaan untuk Pelaburan WASHINGTON, 17 Sept (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  MidOcean E...